BANGSAR – Satu kejadian kebakaran telah berlaku di mana ia telah memusnahkan kira-kira 10 buah rumah kuarters milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Lengkok Abdullah pada 28 Januari. Insiden itu dilaporkan berlaku pada jam 9:30 pagi, meninggalkan penghuninya sehelai sepinggang tanpa tempat berlindung namun tiada sebarang kehilangan nyawa dicatatkan.

Menurut Ketua Balai Bomba Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10:03 pagi.“Lima jentera dari Balai Bomba Pantai, Balai Bomba Sentul, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Seputeh dan Balai Bomba Taman Tun Dr Ismail dengan kekuatan 60 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran”, jelasnya yang kemudian berkata api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:20 tengah hari.

Berikut merupakan rakaman video insiden berkenaan yang turut dikongsi orang ramai:

Selain daripada kuarters, sebanyak 11 buah kereta dan 6 buah motosikal yang turut hangus dijilat api. Hamid kemudian memberitahu bahawa pihaknya kini sedang menilai jumlah kerosakan melibatkan tingkat 5,6 dan 8 flat Sri Pahang berhampiran kuarters yang terbakar. “Tiada sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa namun kami masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran”, tambahnya.

The Star

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Rani Hisham Samsudin berkata bahawa pihaknya akan membantu pekerja yang terjejas dengan insiden berkenaan. “Pihak KTMB akan memberikan bantuan kecemasan sebanyak RM3,000 kepada setiap seorang pekerja yang terlibat, iaitu lebih kurang 30 orang – pemandu tren, pekerja penyelenggaraan dan pekerja operasi”, jelas Rani.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds