Siapa sahaja yang tidak suka ayam goreng? Cakap sahaja mengenai ayam goreng pasti sudah terbayang keenakan, bau dan kerangupan makanan kegemaran ramai itu. Di luar juga banyak restoran makanan segera yang menyediakan ayam goreng sebagai menu utama. Namun, tahukah anda bahawa makan ayam goreng setiap hari adalah sesuatu yang berbahaya kepada kesihatan?

\

Vice Media

Penyelidikan yang diterbitkan oleh The BMJ menyatakan bahawa makan ayam goreng secara berterusan dikatakan boleh meningkatkan risiko kematian lebih cepat daripada sebarang sebab lain. Seramai  106,966 wanita berumur 50 hingga 70 tahun diminta menjawab soalan penyelidikan dan kehidupan mereka terus diperhatikan sepanjang 18 tahun selepas itu. Penyelidikan tersebut berakhir Februari 2017. Dalam pemerhatian sepanjang 18 tahun itu, penyelidik dapat melihat bagaimana peserta menikmati makanan bergoreng seperti ayam goreng, kentang goreng, taco, ikan goreng dan banyak lagi  di dalam diet harian mereka.

Sepanjang 18 tahun penyelidikan, 31,588 orang wanita meninggal dunia. Seramai 8,358 orang meninggal dunia dikatakan akibat masalah jantung manakala 13,880 orang yang lainnya meninggal dunia akibat sebab lain.

TheRecipe

Seperti yang disebut oleh Insider, Wei Bao, seorang ahli epidemiologi di University of Iowa dan pengarang bersama kajian menyatakan bahawa;

“Kami tahu makanan makanan bergoreng adalah sesuatu yang sangat biasa di Amerika Syarikat dan juga di seluruh dunia. Malangnya, hanya sedikit antara kita yang tahu bahawa tabiat tersebut memberi kesan jangka masa panjang.”

Menurut penyelidikan, makan ayam goreng setiap hari dikatakan dapat meningkatkan risiko kematian hingga 13% menjadikan risiko tersebut lebih tinggi daripada segala penyebab lain dan 12% kematian berlaku akibat berpunca daripada masalah jantung.

Selain itu, makan ikan goreng juga sebenarnya tidak terlepas daripada risiko kematian kerana makan ikan goreng boleh meningkatkan risiko kematian sehingga 7% lebih tinggi. Namun, sehingga kini masih tiada dapatan kajian yang mengatakan bahawa makan makanan bergoreng boleh meningkatkan risiko kanser.

Tidak hairanlah, wanita yang makan lebih banyak makanan bergoreng biasanya terdiri daripada golongan muda, berpendapatan rendah dan kurang berpendidikan. Diet mereka yang tidak sihat itu biasanya ‘dilengkapkan’ dengan tabiat merokok yang tidak sihat. Walaupun kajian ini hanya melibatkan golongan wanita namun kajian ini juga boleh diaplikasi kepada golongan lelaki.

Serious Eats

Tuntasnya, makan makanan bergoreng memang enak dan mudah disediakan namun jangan terlampau banyak menikmati makanan bergoreng kerana risikonya tetap ada. Apa yang penting senaman yang ditinggalkan untuk memastikan jasmani kita sentiasa sihat dan cergas!

Sumber: The BMJ, Insider

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds