Siapa tidak mengenali tukang masak terkenal dunia, Gordon Ramsay yang sentiasa memikat hati ramai dengan kepakaran memasak selain sikap penyayangnya terhadap keluarga tercinta.

Dalam satu laporan media kira-kira sebulan yang lalu, Gordon Ramsay memaklumkan bahawa dia dan keluarganya telah menaiki penerbangan bersama-sama untuk ke satu tempat namun hanya dia dan isterinya sahaja yang duduk di kelas pertama manakala empat anaknya diletakkan di bahagian ekonomi.

Independent

“Mereka belum bekerja dan tidak mampu untuk membayar tiket kelas pertama,” kata Ramsay.

Tambah tukang masak yang dilaporkan mempunyai aset bernilai RM163.32 juta ini, “Saya perlu menunjukkan realiti kepada anak-anak. Saya rasa membiasakan anak-anak yang berusia lima, enam dan tujuh tahun menaiki tiket kelas pertama dan duduk di kerusi yang luas, itu semua tidak perlu. Mereka mendapat hiburan melalui iPad masing-masing”.

“Saya lebih suka berfikir tentang apa yang kita boleh buat dengan duit itu selepas mendarat daripada menghabiskan ribuan ringgit untuk anak-anak kecil duduk di kelas pertama”.

abc News

Itu semua kisah ketika anak-anaknya masih kecil. Namun kini, kesemua anak Ramsay telah meningkat remaja iaitu Megan (18), Jack dan Holly (17) dan Matilda (15) masih lagi tidak berpeluang untuk menikmati penerbangan kelas pertama! Bagaimana pun kali ini, alasan Ramsay sedikit berbeza.

“Saya tidak mahu mereka duduk menikmati 10 hidangan menu bersama champagne. Saya tidak berasa malu. Ini keputusan saya dan isteri (Tana) untuk mendisiplinkan mereka dan menunjukkan dunia realiti”.

Kata Ramsay lagi, “Mereka memiliki kehidupan yang berbeza berbanding saya. Saya bekerja bersungguh-sungguh untuk keluar daripada kehidupan susah dan mereka perlu bersyukur kerana tidak dimanjakan,”kata Ramsay kepada The Telegraph.

Apa yang lebih mengejutkan lagi, Ramsay menegaskan bahawa kesemua anak-anaknya tidak akan mewarisi sebarang harta kekayaan yang dimilikinya…

Independent

“Ia tidak akan diwarisi kepada mereka dan ia bertujuan untuk tidak memanjakan mereka. Satu-satunya perkara yang saya bersetuju dengan Tana ialah mereka akan menerima deposit 25%”.

Ketika mengulas lanjut mengenai didikan beliau terhadap anak-anak, Ramsay menyatakan etika kerja merupakan satu perkara yang dipupuk dalam diri anak-anaknya. Ramsay memaklumkan bahawa dia tidak pernah berada di rumah untuk memasak demi keluarganya. Bagaimanapun, setiap kali ada peluang, mereka akan menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

“Saya perlu melindungi mereka dan menghormati restoran serta pekerja. Saya membentuk mereka menjadi manusia normal… Mereka perlu melakukan semua kerja, menjaga haiwan, membuat kerja rumah dan mungkin suatu hari nanti apabila mereka mempunyai pendapatan, mereka boleh mengikut kami menaiki penerbangan kelas pertama”.

Sumber: Independent

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds