WASHINGTON – Cuaca sejuk ekstrem yang melanda Amerika Syarikat dan Kanada telah membuat Air Terjun Sungai Niagara membeku. Fenomena alam ini telah menjadikan air terjun ikonik tersebut telah membeku hampir sepenuhnya sehingga memperlihatkan pemandangan bersalji dan berais yang sungguh menakjubkan mirip adegan filem Disney, Frozen.

Kredit : Micheal Klassen/Twitter

Para pengunjung dan pelancong dari seluruh dunia telah mengambil kesempatan ini dengan berkunjung ke Air Terjun Niagara untuk merakamkan pemandangan bersalji dan sungai berais yang amat indah lagi menakjubkan kerana ia amat jarang berlaku.

Kredit : Mike Arena/Twitter

Ramai netizen yang berkongsi foto ketika berada di Air Terjun Niagara di laman media sosial masing-masing. Pada ketika ini, Sungai Niagara sedang dilitupi ais yang memberi kesan pemandangan indah yang menunjukkan Air Terjun Niagara yang mencapai ketinggian 176 kaki benar-benar telah nampak membeku, namun pada hakikatnya ia tidaklah membeku dengan sepenuhnya.

Kredit : Gerard/G&G Journey / Twitter

Seorang pembantu profesor dari Jabatan Geografi, Universiti Buffalo, Stuart M.Evans menjelaskan arus Air Terjun Niagara adalah amat deras, dan ia tidak mungkin boleh membeku dengan sepenuhnya.

Kredit : Gerard / G&G Journey / Twitter

Menurut Stuart Evans menerusi Buffalo News, “Sesuatu yang bergerak dan terjatuh dengan cepat adalah amat sukar untuk membeku kecuali dengan suhu takat beku yang amat melampau.”

Kredit : Mike Arena / Twitter

Manakala seorang pengelola pelancong yang bertugas di Air Terjun Niagara pula berkata, “Jika anda melihat dengan teliti air terjun ini, anda akan melihat bahagian air terjun yang masih mengalir seperti biasa. Air sungai di permukaan dan wap yang keluar mungkin berubah menjadi ais, tetapi air sungai di bawahnya tetap mengalir seperti biasa.”

Kredit : Gerard / G&G Journey / Twitter

Menerusi Niagara Falls USA beliau memetik, “Jumlah air yang banyak membentuk Air Terjun Niagara bersama kombinasi pergerakan sungai deras yang konsisten tidak mungkin akan membentuk pembekuan air terjun dengan sepenuhnya. Suhu yang sangat sejuk akan menyebabkan beberapa kawasan tertentu pada Air Terjun Niagara itu membeku dengan pembentukan berais sehingga mencapai ketebalan lebih daripada 40 kaki.”

Kredit : Micheal Klassen / Twitter

Kali terakhir fenomena unik dan hebat Air Terjun Niagara membeku sepenuhnya dengan pemandangan indah dan menakjubkan ialah pada 30 Mac 1848 yang telah dirakam oleh akhbar Buffalo Express yang mana suhu sejuk takat beku ekstrem telah menyebabkan Tasik Erie turut membeku.

Lihat video di bawah.

Kredit : News 8 WROC / YouTube

Sumber : News 8 WROC / YouTube , Buffalo News , Times Now News , Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share

Video Popular