Siapa kata kerja-kerja memasak itu senang? Memanglah kerja memasak tidaklah begitu sukar tetapi tidak juga mudah kerana sebelum memasak ada perkara lain yang harus dilakukan iaitu untuk memilih menu. Untuk para ibu khususnya pasti adakalanya pening kepala juga untuk memilih menu untuk keluarga. Misalnya menu minum petang. Semestinya apa yang penting ialah berkhasiat dan digemari oleh anak-anak.

Buat para ibu yang sudah kehilangan idea untuk menyediakan minum petang anda mungkin boleh mencuba menu baru ini. Bagi yang memiliki anak-anak yang suka akan burger ini adalah menu yang paling sesuai kerana ianya bukan sahaja sihat tetapi mudah untuk disediakan. Hanya menggunakan mesin pengisar semuanya mudah untuk disediakan!

RESIPI DAN CARA-CARA UNTUK MEMBUAT ‘BURGER HOMEMADE’

Foto: Just Try & Taste

Bahan-bahan yang diperlukan;

4 Ketul isi ayam

2 Biji ubi kentang yang direbus

1 Biji bawang holland

1 Sudu teh serbuk lada hitam

1 Sudu teh lada putih

1/2 Sudu teh gula

Sedikit garam

1 Biji telur

2 Sudu besar tepung gandum

2 Sudu besar tepung ubi

1/2 Sudu kecil serbuk penaik

1 Sudu besar mentega

Cara-cara membuatnya;

1. Kisar semua bahan-bahan kecuali tepung gandum, tepung ubi, serbuk penaik dan mentega.

2. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan masukkan mentega, serbuk penaik dan semua jenis tepung. Gaul adunan sehingga sebati.

3. Sementara itu, panaskan juga pengukus.

4. Bentukkan adunan mengikut acuan seperti di dalam gambar.

5. Letakkan di atas bekas penutup dan letakkan dahulu sedikit minyak masak supaya tidak melekat.

6. Kukus adunan selama 5 minit.

7. Boleh dimakan begitu sahaja atau boleh dipelbagaikan mengikut citarasa keluarga.

Jangan tunggu lagi, cubalah sekarang dan nikmati kelazatan rasanya!

Kredit: Tg Khuzanika

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds