Tujuh orang pelanggan pusat urut telah mengadakan sidang akhbar pada 28 Januari untuk menyuarakan aduan mengenai jangkitan kulit yang teruk selepas mendapatkan perkhidmatan di sebuah pusat urut yang terletak di Pusat Perdagangan Kuchai, Kuchai Lama. Walau bagaimanapun, nama khusus pusat urut itu tidak didedahkan.

Oriental Daily

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH) itu, dilaporkan terdapat kira-kira 20 mangsa yang mengalami jangkitan kulit sejak Jun 2018 dan mereka semua sering mengunjungi premis yang sama, lapor China Press dan Oriental Daily.

“Berdasarkan laporan perubatan, empat orang pelanggan telah dijangkiti dengan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). Bakteria ini boleh berjangkit dan boleh merebak melalui sentuhan fizikal atau dengan berkongsi barangan peribadi seperti tuala.

 

Oriental Daily

“Apa yang menakutkan adalah bakteria ini mempunyai daya tahan terhadap pelbagai antibiotik yang berbeza. Kebanyakan pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang daging yang dijangkiti. Oleh kerana bakteria yang begitu mudah merebak, sesetengah pesakit masih dikuarantin di hospital,” kata jurucakap KLCAH.

 

Oriental Daily

Salah seorang mangsa yang bekerja sebagai jurujual berkata beliau telah melawat pusat urut berkenaan pada 20 November 2018 dan mula mendapat ruam dan sakit di kakinya. Selepas menghabiskan ubat antibiotik selama seminggu dan ubat penahan sakit, dia terus ke hospital kerana keadaannya bertambah buruk. Ketika itulah dia dikejutkan dengan berita bahawa dia perlu dibedah segera untuk pulih sepenuhnya.

Oriental Daily

“Doktor melakukan pembedahan untuk membuang daging dari lapan luka kerana tisu otot sudah mati. Bayaran perubatan yang dikenakan berjumlah sehingga RM 23,000 tidak termasuk yuran susulan bulanan,” katanya.

Oriental Daily

Seorang lagi mangsa wanita mendedahkan bahawa daripada enam rakannya yang turut pergi bersamanya, hanya dia sahaja yang dijangkiti bakteria. Memakan ubat antibiotik dan mengeluarkan nanah dari luka tidak membantu sama sekali. Kemudian, apabila wanita itu pergi ke hospital, doktor memberitahunya bahawa pembedahan perlu dilakukan segera sebelum bakteria merebak sehingga ke tulang.

Oriental Daily

Persatuan itu seterusnya akan mengumpulkan semua laporan perubatan dan laporan polis dari mangsa-mangsa yang terlibat pada minggu ini dan mengemukakannya kepada Kementerian Kesihatan dan DBKL untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds