Sebuah video yang tular di Facebook menunjukkan seekor anjing terbiar makan dan minum air dan makanan yang diambil dari bekas atau ‘dispenser’ makanan yang disediakan di sebuah balai polis di Tacna, Peru.

Video tersebut dengan pantas mencuri perhatian ramai kerana orang ramai begitu kagum dengan usaha yang dilakukan oleh para pegawai polis di balai polis tersebut untuk membantu dalam memberi makan dan minum kepada anjing-anjing jalanan yang terbiar.

Dikatakan terdapat tiga balai polis yang menyediakan kemudahan seperti itu dan kebanyakannya memang digunakan untuk memberi makan dan minum kepada anjing terbiar di sekitar bandar tersebut.

Tindakan yang sama juga telah dilakukan di balai polis di daerah Monsefú di utara Peru di mana bekas makanan disediakan untuk memberi minuman dan biskut kepada anjing terbiar.

Memandangkan apa yang mereka lakukan berhasil dan menjadi tular tidak lama selepas itu, pihak polis negara Peru mengambil kesempatan dengan menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang sama. Melalui akaun Twitter rasmi balai polis tersebut, mreka menggalakkan orang ramai supaya meletakkan bekas makanan dan minuman supaya anjing terbiar boleh mendapatkan sumber makanan dan minuman.

Apa yang menariknya, inisiatif tersebut telah diterima baik oleh rakyat tempatan yang rata-rata memuji usaha dan nilai kemanusiaan yang ditunjukkan terhadap anjing terbiar di bandar tersebut.

Seorang netizen mengatakan bahawa inisiatif tersebut adalah bagus dan lebih ramai orang diperlukan untuk melakukan kerja seperti itu supaya mereka sedar bahawa haiwan terbiar juga memerlukan keperluan asas. Dia juga berharap agar usaha tersebut dapat dilakukan di seluruh Peru.

Jean Carlos Paredes/Facebook

Sumber: Jean Carlos Paredes/Facebook, Epoch Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds