Memelihara haiwan sendiri boleh dianggap sebagai satu tanggungjawab besar untuk melatih diri kita menjadi lebih penyayang dan bertanggungjawab. Ada yang mengganggap memelihara haiwan boleh dijadikan sebagai penghilang tekanan disebabkan oleh kecomelan serta kelincahan mereka.

Tetapi, bagi sebuah keluarga di China, mereka langsung tidak menyangka bahawa ‘anjing’ yang mereka bela kira-kira dua tahun lalu itu membesar dan berubah menjadi seekor beruang hitam!

Kredit: Asia One

Asia One melaporkan pemilik beruang itu yang dikenali sebagai Su Yun itu pada awalnya menyangka haiwan yang dipeliharanya sejak kecil itu merupakan seekor anjing penjaga dari Tibet.

Gambar hiasan

Kredit: Ask Ideas

Berharap agar anjing itu dapat melindungi keluarganya, wanita ini memutuskan untuk membeli ‘anjing’ berkenaan dan membawanya pulang ke rumah keluarganya yang terletak di Kunming, China.

Sejak awal lagi, mereka amat terkejut dengan selera makan yang luar biasa menakjubkan pada anjing itu. Menurut Yu, ‘anjingnya’ akan makan sekotak buah-buahan dan dua bekas mi pada setiap hari. Proses ini berlanjutan sehinggalah dua tahun kemudian, mereka akhirnya sedar bahawa ‘anjing’ mereka telah membesar menjadi seekor beruang hitam seberat 113kg!

Kredit: Asia One

Keluarga ini telah melaporkan perkara tersebut kepada Pusat Penyelamatan Hidupan Liar Yunnan dan setelah melakukan pemeriksaan, barulah mereka tahu bahawa haiwan yang mereka pelihara selama ini merupakan seekor Beruang Hitam Asia.

Kredit: YouTube

Bukan sahaja itu, Pertubuhan Hidupan Liar Sedunia atau World Wildlife Organisation (WWF) telah menyenaraikan beruang ini sebagai spesies haiwan kelas kedua yang dilindungi di China. Tambahan pula, beruang hitam seringkali menjadi mangsa pemburu untuk mendapatkan bahagian tubuhnya seperti hempedu. Los Angeles Times melaporkan bahawa hempedu beruang hitam dipercayai mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti demam, diabetes dan penyakit jantung.

Kredit: YouTube

Oleh kerana berlakunya peningkatan pemburuan beruang hitam, haiwan ini kini diancam bahaya dan menyebabkan pihak berkuasa perlu bertindak segera dengan memindahkan beruang itu ke kawasan pelindungan yang dijamin selamat.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds