Kebanyakan ibu bapa pada masa kini mengambil kesempatan menghantar anak-anak kepada ibu bapa untuk dijaga supaya mereka dapat keluar bekerja. Mereka memilih untuk menghantar kepada ibu bapa masing-masing kerana percaya bahawa datuk dan nenek pasti akan menyayangi dan menjaga cucu mereka dengan baik.

Didikan dan cara memelihara anak-anak antara dua generasi ini sudah tertentu berbeza di mana ibu bapa kini lebih bersikap moden dan menggunakan pengetahuan saintifik sementara ibu bapa terdahulu bergantung kepada pengalaman, petua yang kadang-kadang sudah tidak relevan untuk dipraktikkan pada masa kini.

Sudah banyak kes yang berlaku di mana anak-anak kecil menjadi mangsa akibat daripada cara didikan datuk dan nenek.

Baru-baru ini, sebuah hospital di China menerima satu kes kecemasan. Seorang nenek membawa cucu perempuannya yang berwajah pucat lesi ke hospital. Selepas diperiksa, doktor memberitahu nenek tersebut bahawa cucunya yang berusia 8 tahun itu mengalami keracunan makanan namun mujurlah kanak-kanak tersebut telah melepasi saat kritikal.

Walau bagaimanapun selepas keputusan penuh diperoleh, doktor mengesahkan bahawa cucunya itu menghidap kanser. Nenek terus menangis kerana dia tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh doktor tersebut. Ini kerana, nenek tersebut bukan sahaja menyayangi cucunya malah jarang membenarkan cucunya itu membeli snek di luar.

Doktor telah menemui sejenis kanser berbahaya yang menyebabkan toksin dalam perut kanak-kanak tersebut. Menurut nenek, hanya dia dan cucunya sahaja yang berada di rumah, jadi setiap kali ada makanan lebih, mereka akan menyimpannya di dalam peti sejuk untuk dimakan pada keesokan hari.

Selepas mendengar pengakuan dari nenek, tahulah doktor tersebut bahawa keracunan makanan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu adalah berpunca daripada lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk.

Makanan yang disimpan semalaman akan membentuk nitrite yang mana akan membentuk carcinogen (unsur yang menyebabkan kanser). Akibat daripada itu, seseorang akan berasa sakit kepala, pening, letih, jantung gagal berfungsi yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Menurut pakar, terdapat banyak kanser yang mempunyai hubung kait yang rapat dengan tabiat pemakanan seperti kanser usus besar, kanser hati, kanser paru-paru dan kanser prostat. Namun begitu, tidak semua makanan yang ditinggalkan semalaman memudaratkan kesihatan.

Rempah-rempah seperti garam atau minyak masak yang ditinggalkan semalaman akan meningkatkan kandungan nitrite dalam makanan. Selepas nitrite masuk ke dalam perut, ia akan membentuk sejenis unsur yang mengakibatkan kanser perut.

Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk menghasilkan bakteria. Semakin lama makanan disimpan dalam peti sejuk semakin cepat kandungan nitrite akan meningkat.

Kesimpulannya, adalah lebih baik jika tidak makan makanan yang disimpan semalam di dalam peti sejuk demi mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sumber: FEEDYTV.COM

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds