Mai Qiongfang dari Guangxi, China telah mengambil 87 orang kanak-kanak dan membesarkan mereka secara sendirian selama lebih 40 tahun. Semua kanak-kanak tersebut berasal daripada keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar kejiranannya.

Atas usaha yang dilakukan oleh Mai Qiongfang, 20 daripada 87 orang kanak-kanaknya berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Beberapa orang dari mereka masih menuntut di universiti terkenal seperti Universiti Beijing dan Universiti Tsinghua.

Semuanya bermula pada tahun 1979 yang mana ketika itu Mai berusia 19 tahun dan bekerja di kedai dobi di Hospital People di Baise City terjumpa seorang remaja lelaki yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahannya kerana neneknya sakit.

Remaja lelaki itu sepatutnya pergi ke sekolah menengahnya di Guilin tetapi dia hanya mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil hospital neneknya tetapi tidak mampu membeli tiket kereta api untuk ke Guilin.

Mai kemudiannya memutuskan untuk membantu remaja lelaki tersebut supaya dia dapat pergi ke sekolah.

Oriental Daily

Beberapa tahun kemudian pada tahun 1983, Mai terjumpa seorang wanita dari Tianlin yang dimasukkan ke hospital di mana tempat dia bekerja. Lalu Mai memutuskan untuk membantu wanita tersebut selepas mendapat tahu tiada siapa yang datang menziarahinya apatah lagi membantunya.

Mai turut menziarahi wanita tersebut di rumahnya selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Oriental Daily

Ketika itulah Mai menyedari bahawa orang-orang di kampung tersebut kekurangan makanan dan pakaian.

Mai pulang semula ke Guangxi untuk mengumpulkan pakaian terpakai dan beberapa stok makanan kering untuk dihantar ke Tianlin.

Oriental Daily

Sejak dari dua kejadian itu, Mai sering membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan seperti orang miskin termasuklah pelajar miskin yang kebanyakannya adalah anak yatim yang tidak mampu bersekolah.

Mai mempunyai seorang anak kandung. Sehingga kini, Mai telah membesarkan 87 orang kanak-kanak. Mai bukan sahaja membantu persekolahan mereka malah menemani mereka pergi ke sekolah.

Oriental Daily

Mai juga membawa balik anak-anak yatim untuk tinggal bersamanya. Ada yang tidur di atas lantai, ada yang tidur di sofa dan ada yang tidur di dalam bilik yang menempatkan katil untuk 10 orang.

Rumah Mai dilengkapi dengan katil, cadar, kerusi dan keperluan lain untuk menampung kehidupan kanak-kanaknya. Dalam satu-satu masa, seramai 14 kanak-kanak tinggal di rumahnya.

Hampir semua kanak-kanaknya berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Ada yang bekerja selepas tamat belajar dan ada yang meneruskan pelajaran di luar negara.

11 orang daripada mereka merupakan graduan dari Universiti Tsinghua, 9 orang adalah graduan dari Universiti Beijing dan yang lain telah mula bekerja.

Oriental Daily

Mai terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Menurut Mai, dia berasa gembira apabila orang yang dibantunya itu berkata mereka bersyukur dengan makanan dan pakaian yang diberikan.

Oriental Daily

Kini, harapan Mai adalah semoga kanak-kanaknya berjaya dalam kehidupan masing-masing. “Saya tidak dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka, saya hanya boleh mengajar mereka menjadi manusia yang berguna.” kata Mai.

Sumber: GoodTimes

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds