Sememangnya, lipas bukanlah antara serangga yang paling disukai oleh kebanyakan individu di dunia. Lipas amat sinonim dengan kotoran dan berupaya menghasilkan bau yang busuk. Jika terlihat sahaja lipas, pasti rata-rata daripada kita akan lari, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, bukan?

Tidak hairanlah mengapa simpulan bahasa ‘bagai lipas kudung’ dicipta. Hal ini kerana, lipas bergerak dengan amat pantas. Lebih menakutkan lagi apabila terdapat lipas yang terbang ke arah kita!

Baiklah, buat mereka yang takutkan lipas, sebuah gua yang terletak di Sabah ini bukanlah satu lokasi yang patut anda lawati. Namun, jika anda mahu menangani ketakutan anda, apa salahnya jika anda pergi ke sana!

Inilah Gua Gomantong, di mana ia menempatkan populasi terbesar buat lipas di dunia. Mengerikan!

Kredit: Sabah Tourism Board

Kredit: Malaysia Travel

Ramai yang beranggapan bahawa jika anda mahu mengatasi ketakutan anda, anda harus berhadapan dengannya. Di sini, anda boleh dikelilingi oleh ribuan bahkan jutaan lipas dalam satu-satu masa.

Kredit: Era

Atau mungkin di situlah anda akan mula ‘menerima’ dan menyayangi lipas sebagai satu makhluk ciptaan Tuhan di dunia ini. Siapa yang tahu bukan? Berada di sana semestinya merupakan peluang berharga seumur hidup.

Kredit: TripAdvisor

Pihak World Wide Fund For Nature (WWF) telah menjelaskan bahawa gua berkenaan memiliki ekosistem yang kaya dengan hidupan liar, selain mempunyai hasil sarang burung terbaik di dunia. Jadi, jika anda bukanlah penggemar lipas, anda masih lagi boleh menikmati kekayaan dan kepadatan flora dan fauna di sana.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds