Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang mengganggu kelancaran dan keselesaan masyarakat dalam menjalankan urusan harian. Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya bukan lagi perkara luar biasa bagi pengguna jalan raya terutamanya di bandar raya.

Ia bagaikan santapan harian kepada pengguna jalan raya terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Mereka yang memandu pasti akan tertekan, penat dan berasa marah. Namun, tidak bagi pemandu-pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas di Afrika Selatan ini. Lihatlah apa yang menyebabkan kesesakan lalu lintas itu berlaku:

Kejadian ini berlaku di Taman Negara Kruger di Afrika Selatan. Kenderaan yang sedang melalui di jalan raya tersebut memperlahankan kenderaan apabila terpaksa mengikut di belakang sekumpulan empat ekor singa jantan sedang berjalan di atas jalan raya tersebut. Tetapi pemandu-pemandu tersebut tidaklah kelihatan tertekan atau marah, malah mereka sangat teruja melihat singa-singa tersebut.

Mereka kelihatan megah berjalan dan tidak menghiraukan kenderaan yang mengikuti mereka dengan agak rapat daripada belakang. Singa-singa ini kemudiannya dikenal pasti sebagai sebahagian daripada kumpulan singa Mantimahle yang terkenal di Kruger.

Seperti kumpulan haiwan lain, singa juga akan bergabung bersama untuk membentuk kumpulan singa yang lebih kuat untuk melawan semua singa lain yang mengancam kumpulan mereka untuk melindungi keluarga dan wilayah mereka.

Tonton tingkah laku singa-singa tersebut dalam video di bawah:

Sumber: ABC7 News/Facebook, Happy Share

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular