Jika anda merupakan salah satu peminat setia penyanyi antarabangsa terkenal, Adele, pasti anda tahu akan konsertnya yang telah pun berlangsung di Birhimgham pada tahun lepas. Dan anda juga pasti tahu akan insiden ketika beliau sedang mendendangkan lagu ‘All I ask’ – di mana sistem bunyi mengalami masalah dan gagal berfungsi.

Namun, Adele tetap meneruskan nyanyian lagu berkenaan sehinggalah masalah itu berjaya diselesaikan dan kembali berfungsi seperti sebelumnya.

Kegagalan sistem bunyi berkenaan berlaku dalam tempoh 2 minit ketika lagunya berkumandang, selain bunyi mikrofon dan piano juga terpotong sehingga memaksa penyanyi versatil tersebut menyanyi secara bersahaja di hadapan para peminat.

Beliau sungguh profesional kerana berjaya menangani saat genting itu dengan jayanya – menyanyi mengikut tempo bersama peminat sehinggalah lagu itu habis.

Insiden berkenaan juga sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Adele menggerakkan bibir (miming) sahaja ketika menyanyi secara langsung, adalah tidak benar.

Bagi membidas tuduhan tersebut, Adele telah mengeluarkan kenyataan, “Saya akan menyanyi secara langsung pada setiap rancangan. Saya tidak menggerakkan bibir sahaja. Mungkin mereka fikir saya hanya menggerakkan bibir ketika menyanyi.”

Rakaman video insiden berkenaan tular semula dua hari selepas penyanyi R&B popular, Mariah Carey, ‘terkantoi’ hanya menggerakkan bibir ketika mendendangkan lagu secara langsung pada sambutan tahun baru lalu.

Netizen lantas berkata bahawa ia merupakan gerakan bibir seolah-olah menyanyi paling buruk, jika dibandingkan dengan masalah kegagalan bunyi yang dihadapi oleh Adele.

Saksikan video Adele di bawah dan kongsikan pendapat anda:

Sumber: cdparky1/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds