Baru-baru tular di media sosial berita mengenai rancangan Facebook untuk bergabung dengan beberapa syarikat perkhidmatan pesanan seperti Instagram, WhatsApp dan Facebook Messenger.

Walaupun ketiga-tiganya akan kekal sebagai aplikasi yang beroperasi secara sendiri, tetapi mereka akan dihubungkan dengan Facebook supaya mesej atau pesanan dapat bergerak antara satu aplikasi dengan aplikasi yang lain walaupun berbeza.

Facebook memberitahu BBC bahawa ia adalah pada permulaan kepada sebuah “proses yang panjang”.

Pelan ini mula-mula dilaporkan di New York Times dan dipercayai menjadi projek peribadi pengasas Facebook sendiri, Mark Zuckerberg.

Setelah selesai gabungan ini dijalankan, pengguna Facebook akan dapat berkomunikasi secara langsung dengan seseorang yang hanya mempunyai akaun WhatsApp. Situasi ini adalah mustahil untuk dilakukan sekarang kerana kedua-dua aplikasi ini tidak mempunyai teras yang sama.

Menurut laporan NYT lagi, kerja-kerja untuk menggabungkan tiga elemen ini juga dikatakan sudah bermula dan dijangka akan selesai menjelang akhir tahun 2019 atau awal tahun depan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya rancangan Facebook tetapi pihak Facebook nampaknya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini. Namun ada yang berpendapat bahawa integerasi ini akan memudahkan kerja Facebook. Facebook tidak perlu menghasilkan ciri atau fungsi baru kerana ia boleh bergabung dengan fungsi yang ada pada WhatsApp atau Instagram.

Selain itu, kerja-kerja pengiklanan juga dikatakan lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, iklan di Facebook juga boleh dikongsikan di tiga aplikasi lain dengan bergabung dengannya. Jadi, iklan akan menjadi lebih meluas dan berkesan.

Selain iklan, gabungan ini juga dilihat akan menjadi saingan buat perkhidmatan pesanan Google dan iMessage oleh Apple. Menurut Facebook, mereka mahu membina sebuah kaedah dan pengalaman menggunakan perkhidmatan mesej terbaik memandangkan pengguna mahu mesej disampaikan dengan pantas, mudah, boleh dipercayai dan selamat.

Menghubungkan ketiga-tiga aplikasi tersebut menandakan perubahan yang ketara oleh Facebook seperti sebelum ini ia telah membiarkan Instagram dan WhatsApp beroperasi sebagai syarikat yang sangat bebas.

NYT juga mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh Zuckerberg untuk menyambung kesemua sistem pesanan ini telah menyebabkan “perselisihan dalaman”. Ini adalah antara sebab mengapa pengasas Instagram dan WhatsApp meninggalkan syarikat pada tahun lepas. Hal itu berlaku berikutan siasatan dan kritikan yang dihadapi oleh Facebook berkaitan dengan kaedah mereka mengendalikan data pengguna.

Pesuruhjaya Maklumat UK kini telah menjalankan siasatan berkaitan dengan berapa banyak data yang dikatakan boleh dikongsi antara WhatsApp dan Facebook.

Sumber: BBC News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds