Kita semua mempunyai minat kita sendiri tetapi apabila tersasar daripada landasan, minat yang biasa dapat berubah menjadi obses yang terlampau. Rancangan realiti TV Korea Selatan, “Hello Counselor“, baru-baru ini menampilkan seorang pelajar sekolah tinggi, Yuna yang merupakan peminat yang terlampau obses dengan kumpulan K-pop, SEVENTEEN, seperti yang dilaporkan oleh Koreaboo.

Kredit: Allkpop

Yuna dibawa ke rancangan tersebut oleh seorang kawan, yang bimbang melihat Yuna terlalu obses dengan kumpulan tersebut. Sentiasa terlambat ke sekolah, ada hari di mana Yuna langsung tidak pergi ke sekolah. Jika dia pergi sekolah, dia akan tidur dalam kelas. Dia menjelaskan bahawa dia akan menonton video pada lewat malam dan mengikuti jadual kumpulan tersebut.

Sikap obsesnya semakin menjadi-jadi apabila dia menunggu di luar bangunan Music Bank kira-kira jam 3 pagi, menunggu empat jam hanya untuk melihat anggota kumpulan kesayangannya itu memasuki bangunan tersebut. Pada beberapa hari, dia tidak akan pulang ke rumah, mengikuti idola-idolanya di sekitar bandar.

Akibat daripada tidak memberi sepenuh komitmen serta tidak fokus dalam pengajiannya, Yuna yang selalu ponteng sekolah dan tidak menduduki peperiksaan, terpaksa mengulang semula tahun ketiga pengajiannya. Yuna berkata, “Saya telah melepasi 60 hari had ponteng sekolah, jadi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Jadi, saya rasa tidak ada gunanya untuk menyesalinya. Saya tetap perlu mengulang semula pengajian.”

Kredit: Koreaboo

Ia juga mendedahkan bahawa Yuna membelanjakan lebih dari 12 juta won (kira-kira RM44,000) daripada wang ayahnya untuk membeli barangan cenderahati kumpulan itu. Ketika ayahnya memotong wang perbelanjaannya, Yuna memilih untuk bekerja separuh masa.

Ayahnya, yang turut hadir dalam rancangan tersebut, menjelaskan bahawa keluarganya terlalu sibuk berusaha untuk memenuhi keperluan dan Yuna menjadi sebegitu adalah disebabkan oleh kurang perhatian daripada keluarga. Air matanya berlinang ketika mula bercakap mengenai anak perempuannya kerana rasa bersalah dan sedih.

Kredit: Koreaboo

Pengacara rancangan tersebut, Lee Young Ja memberi nasihat kepada Yuna, “Seorang idola akan selalu bersyukur atas sokongan daripada peminatnya, tetapi mereka tidak mahu mendengar bahawa peminat mereka mengabaikan kehidupan mereka sendiri hanya untuk mengikutinya.”

“Sebagai seorang selebriti, saya ingin mendengar peminat saya berkata ‘Saya dapat mencapai matlamat saya, terima kasih kepada anda. Ia mendorong saya untuk terus melakukan apa yang saya lakukan; tidak sebaliknya ‘SEVENTEEN, saya terpaksa mengulang semula pengajian kerana kamu’.”

Mereka kemudiannya menunjukkan kejutan Yuna, yang merupakan mesej video daripada SEVENTEEN khas untuknya. Di dalam video itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada Yuna di atas sokongannya dan memohon agar dia lebih mementingkan pelajarannya. Mereka juga menjanjikan akan memberi jemputan khas untuk konsert mereka jika dia belajar dengan tekun.

Kredit: Koreaboo

“Kami mendengar bahawa pelajar yang bernama Yuna mengabaikan pelajaran dan sekolahnya kerana kami. Kami bersyukur kerana anda sangat mencintai kami tetapi kami sangat kecewa mendengar bahawa anda mengabaikan pelajaran dan sekolah anda. Sekiranya kita mendengar bahawa anda melakukan yang terbaik di sekolah, kami akan menjemput anda ke konsert kami! ”

“Yuna, kami harap anda bekerja keras. Kami turut gembira di atas kebahagiaan anda!”

Selepas mendengar kebimbangan daripada keluarga, rakan-rakan, dan SEVENTEEN, Yuna kini berjanji untuk bermula hidup baru dan memberi tumpuan lebih di sekolah.

“Saya tidak akan melompat sekolah atau berdegil. Saya akan menjadi CARAT (Nama Kumpulan Peminat SEVENTEEN) yang akan memenuhi semua yang anda katakan, ” akhiri Yuna.

Sumber: Koreaboo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds