Untuk mendapatkan sebuah bilik mandi yang selesa, anda tidak semestinya memerlukan ruang yang luas dan perabot yang mahal. Sebaliknya, bilik mandi yang selesa dapat diwujudkan dengan pemilihan perabot yang sesuai dan susun atur yang betul.

Dengan beberapa helah, bilik mandi juga boleh kelihatan lebih besar walaupun sebenarnya mempunyai ruang yang kecil.

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi beberapa idea reka bentuk yang hebat untuk menjadikan bilik mandi anda kelihatan lebih luas dan cantik.

13. Warna yang cerah

© Seas the Moment

Penggunaan perabot yang mempunyai warna yang cerah benar-benar memberi ilusi ruang yang luas kepada sebuah ruang yang pada hakikatnya adalah kecil. Lihat contoh lain di sini.

12. Rak simpanan barang di atas pintu

© DIY Fixated   © The 2 seasons

Sebuah rak di atas pintu adalah cara terbaik untuk menggunakan ruang dengan bijak. Anda boleh cuba menghasilkannya sendiri.

11. Ruang simpanan tambahan

© Ebay

Anda tidak perlu membeli laci tambahan, sebaliknya anda boleh menggunakan ruang di bawah tab mandi anda untuk dijadikan ruang simpanan tambahan!

10. Bekas simpanan barang di dinding

© The DIY Playbook

Bekas simpanan barang yang diperbuat daripada balang ini akan membantu anda menyimpan semua barangan yang diperlukan di bilik mandi. Tambahan pula, bekas sebegini tidak akan mengambil terlalu banyak ruang. Jika anda ingin membuatnya, lihat pautan ini.

9. Rak di atas tandas

© Shades of Blue Interiors   © Simply Beautiful by Angela

Ini adalah satu lagi pilihan untuk menguruskan barangan simpanan anda: rak tidak akan mengambil terlalu banyak ruang. Produk Simply Beautiful by Angela dan Shades of Blue Interiors ini membuktikan bahawa pernyataan ini adalah benar.

8. Almari dengan cermin

© Shanty 2 Chic

Cermin akan menjadikan bilik kelihatan lebih besar dan boleh menyembunyikan almari tambahan untuk barangan yang berbeza.

7. Kaca pembahagi lut sinar

© Style at Home

Gabungan penggunaan kaca pembahagi lut sinar dengan warna cerah di bilik mandi akan menjadikan ruang bilik mandi kelihatan lebih luas. Cubalah idea ini!

6. Cermin besar

© Darren Helgesen   © Katie Gard

Cermin adalah antara item hebat yang dapat memberi gambaran luas pada ruang yang kecil. Anda boleh menikmati contoh reka bentuk ini di sini dan di sini.

5. Sinki sudut

© VRBO   © Better Bathrooms

Apabila setiap inci diambil kira, anda perlu memikirkan peralatan bilik mandi yang sesuai. Oleh sebab itulah, penggunaan sinki dengan rekaan khas untuk bahagian sudut merupakan keputusan yang hebat!

4. Rak siap bina

© Harrell Remodeling   © Houzz

Di dalam ruang bilik mandi yang kecil, kami pasti anda tidak mahu mempunyai laci yang terlalu banyak. Itulah sebabnya lebih mudah jika anda menggunakan rak siap bina untuk menyimpan barang-barang anda.

3. Sinki di atas mesin basuh

© Living in a Shoebox   © Corona-S

Ini adalah cara mudah untuk menjimatkan ruang dan idea yang menarik ini pastinya tidak akan merosakkan reka bentuk dalaman bilik mandi anda. Lihat contoh lain bagi idea ini di sini.

2. Cara penyimpanan yang betul

© Crafts a la mode

Almari kecil juga boleh digunakan dengan cekap jika betul caranya. Linda Bouffard ada berkongsi cara untuk memaksimakan ruang simpanan agar lebih banyak barang boleh disimpan di dalam almari atau rak.

© Golden Boys and Me

Satu lagi pilihan untuk menjimatkan ruang adalah dengan penggunaan bekas atau rak yang boleh berdiri. Penulis blog Golden Boys and Me mengatakan bahawa penggunaan item ini lazimnya ditemui di dapur tetapi sebenarnya item ini juga boleh dimanfaatkan di bilik mandi juga.

1. Susun atur

Pada peringkat ini, anda sudah perlu memikirkan cara penggunaan ruang yang anda miliki. Sebagai contoh, anda mungkin memilih untuk memasang paip pancuran mandian dan bukannya sebuah tab mandi atau mengaturkan perabot lain dengan betul.

Bonus:

© Small House Decor   © levik.livejournal

Jika bilik mandi anda sangat kecil, itu tidak bermakna anda tidak dapat menggunakan ruangnya secara bijak. Terokai laman web ini untuk mendapat idea yang lebih menarik.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular