Seorang seniman sulaman dari Rusia, Vera Shimunia yang menjadi perhatian ramai pencinta seni melalui laman akaun Instagramnya. Mana tidaknya, dia kini mempunyai lebih daripada 210,000 pengikut!
Shimunia yang sangat berbakat ini tidak mengikuti mana-mana kelas seni, dia hanya belajar secara sendiri untuk menghasilkan sulaman yang sangat memukau. Seperti ramai seniman lain, Shimunia menghasilkan sulaman yang indah-indah dengan hanya didorong oleh rasa cinta pada bidang ini.
“Saya hanya membuat keputusan untuk mencuba. Dan ketika saya membuat sekeping sulaman pertama saya untuk budak lelaki yang saya suka (dia mempunyai citarasa yang hebat dan dia terlibat dalam komuniti seni), dia menulis kepada saya: ‘anda menghasilkan ini?? Hebat sungguh’ dan saya memutuskan untuk meneruskan minat ini,” memetik kata Shimunia kepada Bored Panda.
Shimunia mengambil masa kira-kira setengah tahun untuk menunjukkan visinya kepada orang ramai, “Saya mula menerbitkan eksperimen sulaman saya di Instagram dan orang mula bertanya kepada saya, ‘bolehkah saya membelinya?’ dan saya fikir – mengapa tidak.”
Seiring dengan peredaran masa, karya Shimunia terus berkembang. Lihat sahajalah hasil-hasil sulamannya, semuanya mempunyai keunikannya tersendiri, dengan pemilihan warna benang yang kontras dan dalam masa yang sama mewujudkan satu karya yang sukar untuk digambarkan. Shimunia pastinya seorang yang sangat berbakat!
Dan di bawah merupakan beberapa hasil karya beliau dalam sulaman yang dipetik dari laman Instagramnya iaitu @shimunia
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9
#10
#11
#12
#13
#14
#15
Sumber: Bored Panda, shimunia/Instagram
Maybe you're interested :
- Rasa manusia dihampirinya boleh dipercayai, kucing bunting terbiar ini ‘tumpang’ bersalin di rumah sepasang suami isteri
- Kisah penganiayaan seorang wanita yang dipenjarakan selama 14 tahun kerana mengamalkan meditasi Falun Dafa
- Cara menghasilkan alat penyaman udara sendiri dengan menggunakan dua biji botol plastik