Siapa sahaja yang tidak mahu rumah sendiri bersih bukan? Bersih bukan sahaja bermakna rumah itu sedap mata memandang kerana apa yang lebih mustahak adalah bagi memastikan rumah kita berkenaan bebas daripada sebarang kuman dan bakteria yang mempu mengancam tahap kesihatan kita dan anak-anak.

Menyapu dan mengemop lantai merupakan antara yang perlu dilakukan tetapi jika menyebut sahaja membersihkan karpet, pasti ramai yang pening dan tidak tahu cara berkesan untuk membersihkannya.

Oleh yang demikian, kami akan kongsikan satu tips berguna daripada seorang pengguna Facebook iaitu Syarifah Farhana Syed Fadzil di mana karpet sebenarnya boleh dimop. Pelik bukan?

Kerana kebanyakan orang pasti hanya menggunakan penyedut habuk sahaja karpet di rumah. Namun vakum sahaja tidak mencukupi untuk membuang kuman-kuman dan bakteria yang melekat pada karpet, apatah lagi habuk dan debu-debu. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, berikut merupakan bahan-bahannya :

  1. Mop
  2. Air secukupnya
  3. Garam – dua sudu
  4. Cecair Dettol – satu penutup

Apa yang perlu anda lakukan ialah :

  1. Panaskan air sehingga mendidih dalam had yang cukup menenggelamkan mop
  2. Curahkan air tersebut kemudian taburkan garam
  3. Kemudian, perahkan mop sehingga betul-betul tiada air yang menitik
  4. Mop karpet dengan cara menekan-nekan mop atau menenyehkannya pada permukaan karpet
  5. Pastikan semua permukaan karpet dimop dan anda akan dapati air pada baldi mop akan bertukar keruh menandakan kerpet itu sebenarnya kotor
  6. Biarkan karpet kering

Untuk kesan yang lebih efektif, jangan gunakan mop yang sering kita gunakan untuk mengemop lantai. Gunakan mop yang khas untuk mop karpet sahaja.

Jadi, selepas ini anda bolehlah membersihkan karpet di rumah sebersih-bersihnya agar keluarga anda berasa selesa dan apa yang lebih penting, tidak terdedah dengan kuman dan bakteria berbahaya di rumah sendiri.

Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds