Kisah anjing dan kucing yang dipelihara bersama di dalam sebuah rumah sudah menjadi kebiasaan tetapi jika mereka tinggal bersama hamster, bagaimana pula agaknya kisah mereka?

Mungkin ada yang sudah menjangkakan bahawa hamster itu tidak dapat hidup lama kerana di makan oleh salah seekor kucing atau anjing tetapi dalam kisah yang dikongsi oleh seorang netizen di media sosial ini, mereka bertiga sebenarnya kawan rapat!

Pada mulanya reaksi kucing dan anjing tersebut memang cukup membimbangkan, namun lama-kelamaan mereka boleh menerima kehadiran hamster tersebut dan mula berkawan rapat dengannya.

“Lihatlah, kita ada kawan baharu!”

“Sebenarnya ini kawan atau makanan?”

“Tumpang lalu!”

“Wah, cantiknya rumah awak!”

Setelah penat bermain, mereka pun tidur bersama-sama. Semuanya nampak comel sekali!

Kami sudah menjadi kawan rapat…

“Selepas mandi memang sejuk, ambillah tuala ini untuk keringkan badan”

“Hai kawan, sudah tidurkah? Marilah bermain bersama-sama!”

“Cepat makan, nanti kita boleh bermain lagi”

Persahabatan antara ketiga-tiga haiwan ini memang mengagumkan. Mereka bukan sahaja saling menghormati malah saling menjaga antara satu sama lain.

Sumber: COCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds