Jiang Hongqi baru berusia 6 tahun dan masih bersekolah tadika tetapi sudah mampu ‘mengalahkan’ jurugaya rambut dewasa dengan memiliki kemahiran serta menguasai teknik potongan gaya rambut dan ia amat luar biasa.

Satu rakaman video telah menjadi tular di media sosial yang menunjukkan Jiang dengan penuh gaya profesional mampu memotong, mengering dan merapikan rambut para pelanggannya yang terdiri daripada orang dewasa di salun ibu bapanya yang terletak di Sichuan, China.

Kredit : NextShark

Sejak berusia 4 tahun, Jiang Hongqi telah melihat dan mengikut ibu bapanya yang mengendalikan sebuah salun rambut. Kanak-kanak ini mempelajari teknik dan asas menggaya serta memotong rambut daripada para pekerja di salun itu.

Kredit : China Xinhua News / Twitter

Bermula dari usia yang begitu muda, Jiang yang cepat menangkap menjadi tangkas dengan kemahiran itu sehingga telah mengagumkan ribuan pelanggan yang kini memberi kepercayaan serta mengiktiraf bakat semula jadi Jiang sebagai jurugaya rambut.

Kredit : NextShark

Ibu bapanya yang mengendalikan salun rambut itu selama 6 tahun telah merakamkan video aksi anak lelaki mereka memotong, mendandan dan menggaya rambut pelanggan dan diri sendiri di aplikasi Kuaisho sehingga mendapat perhatian 1.5 juta pengikut.

Kredit : Elite Readers

Rakaman tersebut memperlihatkan bagaimana anak kecil ini mahir mengendalikan gunting, mesin pencukur rambut, sikat dan pengering rambut dengan penuh bergaya, dan profesional. Sesuatu yang agak luar biasa bagi anak kecil.

Kredit : NextShark

Jiang juga dengan penuh yakin berupaya memotong dan mendandan rambut sendiri menggunakan gunting, mesin pencukur dan perapi rambut.

Kredit : NextShark

Bakat semula jadi dan kemahiran luar biasa kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga ada yang ingin membuat tempahan untuk mendapatkan servis memotong dan menggaya rambut daripadanya.

Lihat video di bawah.

Kredit : China Xinhua News / Twitter

Sumber : China Xinhua News/Twitter , SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular