Siapa tidak mengenali seniman agung P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mendapat gelaran seniman agung disebabkan oleh bakat serta kebolehan beliau yang pelbagai. Selain menceburi bidang pengarahan, P. Ramlee juga berjaya menempa nama sebagai seorang penyanyi, pelakon, pemuzik dan juga penulis lagu.

Sememangnya seorang artis yang serba boleh!

Banyak jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh anak kelahiran Pulau Pinang ini sehingga beliau pernah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Antaranya seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4 di Tokyo), dan juga Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10 di Tokyo).

Sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni tempatan, P. Ramlee telah berjaya mencipta lebih daripada 401 buah lagu dan 66 buah filem yang sehingga kini masih terpahat di hati masyarakat.

Meskipun Allahyarham P. Ramlee telah lama pergi meninggalkan kita, kenangan beliau masih lagi segar diingati oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahupun muda.

Fairuz Misran merupakan salah seorang individu yang amat mengagumi beliau. Malah, jika dilihat sekali imbas, pasti ramai yang akan menyatakan bahawa Fairuz memiliki persamaan dengan P. Ramlee bukan sahaja dari segi rupa parasnya tetapi juga bentuk fizikal dan juga suara.

Menerusi Facebook, Fairuz telah mengongsikan beberapa video nyanyiannya yang kemudian menarik perhatian ramai netizen sehingga ada yang menggelarnya sebagai kembar P. Ramlee.

Disebabkan oleh keistimewaan ini jugalah, Fairuz seringkali menerima jemputan untuk membuat persembahan. Hal ini secara tidak langsung membuatkan ramai berpendapat kemunculan Fairuz dapat melepaskan rindu para peminat terhadap seniman agung tanah air itu.

“Fuhhhh… Terasa macam Abang Ramlee masih ada,” komen seorang netizen.

Seorang lagi memberi komen, “Kalau tidak tengok rugi rasanya… Nak lepaskan rindu pada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.”

Beberapa video nyanyian secara langsung yang dikongsikan oleh Fairuz ini ternyata kedengaran persis suara P. Ramlee dan meraih lebih daripada ratusan ribu tontonan di Facebook!

Sumber: Fairuz Misran/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds