Kecantikan semula jadi bukan sahaja wujud dalam kalangan manusia tetapi juga haiwan. Jika anda lihat si gebu dan comel bernama Pam Pam ini, anda pasti akan terpesona dengan kecantikan dan kecomelan wajah kucing berbulu putih itu…

Apa yang menjadikan kucing ini lebih menawan adalah keunikan pada warna matanya yang bersinar ibarat permata itu!

Sudahlah berbadan montel, bulunya putih bersih ditambah pula dengan sinaran mata berwarna biru dan emas, menjadikan Pam Pam seekor kucing yang sangat istimewa dan cantik!

Menurut pemilik Pam Pam iaitu Anna, kucing comel itu telah diberikan kepadanya sempena hadiah ulang tahun perkahwinan.

Anna menyatakan bahawa dia mula jatuh hati ketika pertama kali melihat Pam Pam dan membuatkannya ingin memelihara si comel itu.

Jika ditenung mata Pam Pam, terasa seolah-olah kita dipukau oleh kecantikannya yang menggoda itu.

Selain memiliki kecantikan fizikal, Pam Pam juga merupakan seekor kucing yang sangat lemah-lembut peribadinya. Persis puteri diraja!

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds