Bo adalah seekor anjing yang sangat menyayangi setiap ahli keluarga yang memeliharanya. Sifat penyayangnya itu juga membuatkan ramai orang sangat senang hati setiap kali bertemu dengan anjing comel ini.

Selain daripada mempunyai sifat penyayang, Bo juga seekor anjing yang sangat aktif, lincah serta sentiasa gemar melakukan sesuatu aktiviti yang mencabar…

Namun, video terbaru yang menular di internet mengenai pengembaraan terbaru Bo membuatkan majoriti netizen semakin jatuh cinta dengan haiwan pintar ini!

Memandangkan Bo sangat gemarkan aktiviti pengembaraan dan mencari kawan baharu, sudah menjadi kebiasaan untuk Bo menghilangkan diri pada waktu malam.

Pada minggu lalu, Bo yang merupakan anjing hitam berbaka Labrador telah melarikan diri dari rumahnya pada tengah malam. Bo telah pergi ke sebuah kawasan padang terbuka yang terletak berdekatan rumahnya di Kansas. Perkara ini langsung tidak disedari oleh keluarganya sehinggalah apabila mereka bangun tidur pada keesokan hari dan mendapati Bo tiada di rumah!

Bimbang apa yang berlaku kepada Bo, keluarga ini telah bertindak segera untuk mencari Bo di kawasan kejiranan tersebut dan bertanya kepada orang ramai. Pada ketika itulah, tuannya iaitu Kyle Krier mendapat maklumat daripada seorang jiran yang menyatakan ada melihat Bo sedang bermain-main di padang yang jauhnya sekitar enam batu.

Kyle kemudian terus masuk ke dalam kereta dan memandu ke kawasan yang disebutkan itu. Pada ketika itulah, dia melihat anjing peliharaannya itu sedang berlari-lari di padang bersama dengan dua ekor haiwan lain…

Kyle mendapati Bo berada di tengah-tengah padang sambil ditemani oleh seekor anjing dan seekor kambing. Kyle percaya Bo mempunyai agenda tertentu dan telah mengajak kawan-kawan baharunya itu bersamanya melayari pengembaraan di padang pada tengah malam!

Kyle mendakwa tidak pernah melihat kedua-dua kawan baru Bo itu. Setelah diselidik, barulah dia tahu bahawa dua haiwan berkenaan diberi nama Ozzy dan Libby dan tinggal bersama jirannya iaitu Chris dan Shawna Huggans.

Nampaknya sudah terang lagi bersuluh bahawa Bo bertanggungjawab mengajak dua haiwan itu keluar tanpa pengetahuan tuan masing-masing untuk berseronok!

Ketiga-tiga haiwan yang nakal ini kemudian dibawa pulang ke rumah masing-masing dan kisah ini membuatkan tuan mereka gelak tanpa henti apabila memikirkan mengenai ‘pengembaraan’ haiwan peliharaan mereka. Kisah ini begitu melucukan dan video yang ditularkan itu pasti akan membuatkan anda tidak dapat membayangkan bagaimana mereka merancang segala-galanya!

Kyle Krier/Youtube

Sumber: HappiestKyle Krier/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds