Semasa dalam proses bayi membesar, mereka akan melalui beberapa peringkat mempelajari kemahiran baru dan ia perlu dipelajari secara beransur-ansur bersama pembangunan sifat sabar.

Si kecil yang comel dalam rakaman video ini sedang diajar untuk memanjat sofa dengan menggunakan kekuatan diri sendiri, sambil diperhatikan oleh bapanya.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Cabaran ini bukannya mudah. Si comel cuba mengangkat satu kakinya di atas sofa, sementara satu kaki lagi tidak dapat menahan dan menyokong badannya untuk naik ke atas sofa dengan baik.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Setelah mencuba beberapa kali, cabaran pertama nampaknya gagal…

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Si kecil comel mencuba sekali lagi. Kali ini dengan menolak kakinya sekuat yang mungkin dengan kudratnya. Tetapi sofa itu pula terlalu licin dan dia masih tidak dapat menaikinya dengan kaki yang sudah kuat menyokong.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Bapanya yang berada di belakang itu sudah lama bersedia sambil memerhatikannya daripada terjatuh. Selepas percubaan kali kedua yang gagal, muka si kecil menjadi merah padam dan tiba-tiba dia menjerit kerana berasa letih dan tidak sabar.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Bapanya hanya ketawa melihat telatah comel anaknya yang sedang berusaha bersungguh-sungguh. Si kecil menjerit geram sambil menepuk-nepuk sofa.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Tetapi si kecil ini tidak mahu berputus asa dan dia mencuba memanjat sofa sekali lagi. Bapanya memberi galakan, “Ayuh, kamu boleh!”. Kali ini dengan pengalaman dan kekuatan yang ada, si kecil yang comel telah berjaya memanjat sofa dengan selamat dan lancar. Yay!

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Buat pertama kali, si kecil telah berjaya menyelesaikan misinya mempelajari kemahiran baru dan dia sangat gembira. Ibu bapanya sudah pasti amat berbangga kerana si kecil ini tidak berputus asa dan mahu berusaha dengan sendiri.

Lihat video comel di bawah.

Kredit : Jie-Yu Teng / YouTube

Sumber : Jie-Yu Teng / YouTube , Happy Share

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular