Seorang jurugambar bernama Hugh Brown telah berjaya merakamkan gambar-gambar hebat yang memaparkan beberapa orang pelombong pasir dengan bentuk tubuh berotot mereka yang sasa sedang bekerja dalam persekitaran pekerjaan paling merbahaya di dunia.

Para pelombong pasir ini merupakan pekerja dan penyelam yang mahir yang akan mengorek pasir pada kedalaman 20 kaki dari dasar Sungai Wouri di Cameroon. Mereka adalah pekerja bebas yang berusaha mencari rezeki dan tidak diupah oleh mana-mana syarikat.

Hugh Brown/SWNS

Pelombong pasir yang berkemahiran dari Cameroon ini akan menyelam ke dasar Sungai Wouri untuk mengangkut pasir basah ke daratan yang akan digunakan dalam industri pembinaan. Pekerjaan ini memerlukan tenaga dan kekuatan yang tinggi, seperti pemuda berotot sasa ini yang berdiri di hujung perahu sambil memegang pencacak kayu.

Hugh Brown/SWNS

Terdapat pelombong pasir mahir yang masih muda dan ada pula yang sudah berusia 49 tahun. Mereka ini berupaya mengangkut timbunan pasir menggunakan baldi khas dengan turun ke dasar dan naik semula ke permukaan sungai bersama pasir basah sehingga 100 kali terjunan dalam satu-satu masa.

Hugh Brown/SWNS

Kerja melombong dan mengangkut pasir tidak mengira keadaan cuaca, sama ada dalam hujan atau panas dan mereka akan bekerja di Sungai Wouri sepanjang 256 kilometer itu. Mereka bekerja dengan tidak berbaju dan kadangkala memakai sarung tangan untuk memenuhkan perahu dengan pasir.

Hugh Brown/SWNS

Seorang pelombong sedang bersedia untuk melakukan terjunan dengan caranya yang hebat dan menyeronokkan. Tidak hairan dia boleh membina otot badannya menjadi sasa dengan senaman semula jadi seperti ini.

Hugh Brown/SWNS

Pelombong menggunakan baldi khas untuk mengaut pasir ke permukaan dan akan menyelam kembali ke dasar bersama baldi ini untuk mengangkut pasir yang seterusnya.

Hugh Brown/SWNS

Dianggarkan terdapat kira-kira 4,000 orang penyelam dan pelombong pasir di sungai-sungai di Cameroon. Ketika Hugh Brown berada di Sungai Wouri, dia telah bertemu dengan enam orang pelombong pasir bertubuh sasa sedang bekerja.

Kredit : Hugh Brown/SWNS

Baldi besi seberat tiga kilogram yang ditebuk kecil di tengah seperti yang dibawa oleh lelaki ini boleh memuatkan sehingga lima belas kilogram pasir basah.

Hugh Brown/SWNS

Setelah mengaut pasir dari dasar, pelombong ini akan naik ke permukaan sungai dengan berpaut menggunakan kayu yang telah dipacak sehingga ke dasar sungai dan diikat pada perahu.

Hugh Brown/SWNS

Pekerjaan ini sungguh berbahaya dan berisiko dengan kebarangkalian seseorang itu untuk lemas dan maut amatlah tinggi.

Hugh Brown/SWNS

Menurut Hugh Brown, kadangkala para pelombong dan penyelam berasa tersangat letih dan tiada lagi kekuatan setelah memenuhkan perahu dengan pasir.

Hugh Brown/SWNS

Pelombong pasir dan penyelam ini nampak penuh bergaya apabila dia mendayung perahu, sebelum bersedia untuk terjunan dan mengaut pasir di dasar sungai.

Hugh Brown/SWNS

Perahu mereka akan dipenuhkan dengan pasir yang basah, tetapi pada masa yang sama air sungai juga memenuhi perahu dan ia perlu dibuang keluar.

Hugh Brown/SWNS

Setiap pelombong mempunyai bentuk tubuh dengan otot yang sasa dan hebat akibat pekerjaan mereka yang sememangnya memerlukan kekuatan pada semua otot di tubuh badan untuk bekerja.

Hugh Brown/SWNS

Pekerjaan mengangkut pasir di sungai Cameroon sama seperti seseorang pergi ke gimnasium untuk membina badan. Cuma yang berbeza pelombong pasir ini melakukannya secara semula jadi setiap hari.

Hugh Brown/SWNS

Perahu atau bot yang telah dipenuhi dengan pasir akan dibawa ke darat setelah pekerjaan di Sungai Wouri, Cameroon selesai.

Hugh Brown/SWNS

Penyelam akan berdepan dengan bahaya apabila arus sungai menjadi deras, hidung dan telinga akan berdarah sekiranya mereka menghadapi tekanan tinggi di dalam air. Ada pula yang akan tercedera atau maut jika tersalah langkah dan tidak berhati-hati.

Hugh Brown/SWNS

Sasaran jurugambar Hugh Brown selepas ini adalah menjadikan pelombong pasir berbadan sasa ini sebagai subjek buku fotografinya, dan merancang satu filem dokumentari mengenai pekerjaan mereka.

Hugh Brown/SWNS

Sumber : Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds