Siapa tidak mengenali Kendall Jenner, seorang selebriti Hollywood yang mendapat pengaruh luas daripada seluruh dunia. Sebagai seseorang yang terkenal, sudah semestinya akan ada peminat fanatik yang sanggup melakukan apa sahaja demi selebriti yang diminati.

kirbyjenner

Inilah yang dilakukan oleh Kirby di mana beliau kini meraih jutaan pengikut di laman Instagram gara-gara menyunting gambar Kendall dan ‘memasukkan’ dirinya di dalam gambar tersebut. Malah, Kirby turut menggelar selebriti cantik dan seksi itu sebagai ‘pasangan kembarnya’…

kirbyjenner

“Sebagai kakak kembar, Kendall dan saya berkongsi ikatan yang tidak dapat dipisahkan. Ibu kata kami seperti Siegfried & Roy tetapi dengan kurang serangan harimau dan lebih helah magik”.

kirbyjenner

Menurut Kirby lagi, dia sangat menyanjung tinggi selebriti pujaannya itu yang sentiasa berkorban demi keluarga, mengitar semula segala botol dan tin yang digunakan selain memiliki suara yang merdu.

kirbyjenner

“Dia juga menyokong semua perniagaan saya yang gagal. Kami pernah berfikir untuk memulakan perniagaan ketuhar mikro. Ia mungkin akan menjadi rancangan TV yang hebat…”

kirbyjenner

Kirby dikhabarkan menarik minat ramai netizen untuk mengikutinya disebabkan oleh kapsyen-kapsyen lucu yang ditunjukkan dalam setiap gambar di Instagram. Apabila ada pengguna media sosial yang menyebut mengenai Photoshop, Kirby akan menafikan bahawa setiap gambar yang dimuat naik itu disunting menggunakan perisian Photoshop.

kirbyjenner

“Orang asyik bertanya saya tentang Photoshop tetapi hakikatnya saya tidak tahu apakah itu. Saya tanya rakan saya, Ziti untuk menerangkan kepada saya memandangkan dia adalah pakar komputer dan saya sangat teruja. Tetapi, awak tahu apa yang boleh saya jelaskan? Microsoft Paint”.

kirbyjenner

“Mula-mula, saya buka dokumen baru. Kemudian, saya gunakan pensel untuk melukis burung atau pedang atau zirafah. Kadangkala saya hanya menconteng sahaja. Kemudian, saya gunakan cat untuk mewarnakannya. Seterusnya saya minta Kim untuk tolong cetakkannya daripada alat pencetak/pengimbas ibu dan memberikannya kepada rakan-rakan”.

kirbyjenner

Sungguh melucukan! Dengan bakat Photoshop serta ‘lakonan’ mantapnya sebagai pasangan kembar Kendall, Kirby yang merupakan peminat tegar keluarga Kardashian sememangnya berjaya mencuri hati ramai netizen seluruh dunia.

Anda boleh lihat mereka langsung tidak boleh dipisahkan. Ke mana-mana sahaja Kendall pergi, pasti ada Kirby di sisinya. Penipuan yang melucukan hati…

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds