Sardin tin bukan lagi makanan asing dalam kalangan kita, rakyat Malaysia kerana sardin merupakan antara makanan tin yang mudah untuk dimasak dan dihidangkan. Rasanya juga enak dan jika dihidangkan dengan nasi panas dan telur goreng pastinya boleh membuka selera terutamanya mereka penggemar sardin.

Namun, adakalanya kita bosan dengan resipi sardin yang sama. Asyik-asyik sardin masak kicap, roti sardin atau sandwic. Jadi, seronok juga jika dapat mencuba resipi baru bukan?

Bagi yang sudah bosan dengan hidangan sardin yang sama, kini adalah masanya untuk anda mencuba resipi baru untuk mempelbagaikan sardin anda. Pasti akan lebih menyelerakan!

1. ‘Rice bowl’ (donburi)

 

Cookpad/Kyoko0007 

Bagi yang suka makan donburi, nasi yang diletakkan di dalam mangkuk ala-ala makanan Jepun, anda juga boleh gunakan sardin sebagai untuk membuat donburi yang enak. Ianya mudah disediakan dan paling penting rasanya juga enak!

Cara untuk menyediakannya mudah sahaja;

1. Asingkan sardin dengan sos tomato yang ada di dalam tin. Ambil ikan sardin dan goreng sardin di dalam kuali panas.
2. Semasa sardin digoreng, potong daun bawang.
3. Tambah satu sudu kicap di dalam sardin.
4. Akhirnya, letakkan beberapa senduk nasi kukus ke dalam mangkuk dan letakkan sardin yang telah digoreng di atas nasi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong tadi.

2. Nasi campur dengan sardin halia 

 

Cookpad/KT121 

Resipi seterusnya ialah dengan menggabungkan dua ‘perasa’ yang sihat dan berkhasiat iaitu gabungan antara sardin dan halia. Berikut adalah cara-caranya;

1. Basuh beras untuk memasak nasi seperti biasa.
2. Di dalam beras tersebut letakkan setengah sudu kicap dan 2/3 sudu teh gula atau gula perang.
3. Asingkan minyak yang ada di dalam sardin dan campurkan dengan beras tadi serta masukkan juga halia yang telah dipotong kecil.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. Apabila nasi siap dimasak, tambah tiga ulas kecil dihiris myoga, iaitu halia Jepun.
6. Letakkan daun bawang dan shiso (basil Jepun) mengikut cita rasa anda.

3. Pasta Sardin Peperoncino 

 

Nissui

Bagi yang suka makanan Itali seperti pasta, anda juga boleh gunakan sardin untuk hasilkan pasta yang enak. Cara-cara membuatnya adalah seperti di bawah;

1. Rebus spageti di dalam air mendidih.
2. Ambil minyak yang ada di dalam sardin dan campurkan dengan seulas bawang putih yang telah dicincang serta cili merah yang telah dipotong. Masak semua bahan di dalam kuali panas.
3. Apabila ramuan sudah mula mengeluarkan aroma, letakkan pula separuh bawang merah yang telah dihiris.
4. Tambahkan sardin apabila kesemua bahan sudah siap dimasak sempurna.
5. Akhirnya, campurkan spageti dan tambah sedikit garam. Anda juga boleh tambah sedikit daun saderi atau sos tomato di dalam hidangan tersebut!

4. Roti sardin keju dengan serbuk roti yang dibakar

 

Pecolly/Kamekichi Papa

Buat peminat keju dan roti pasti anda tidak sabar untuk mengetahui resipi baru ini. Kini anda boleh menggabungkan ketika-tiga makanan kegemaran anda- sardin, keju dan roti untuk membuat satu hidangan yang cukup menyelerakan. Jom, lihat bagaimana untuk membuat resipi enak ini!

1. Langkah pertama ialah dengan mengasingkan minyak ikan sardin dengan sardin di dalam tin dan masukkan ikan sardin ke dalam loyang. Pastikan roti sudah diletakkan di dalam loyang sebagai lapisan pertama.
2. Masukkan satu sudu penuh sos piza, taburkan beberapa keping keju dan tambah satu sudu serbuk roti.
3. Masukkan loyang di dalam ketuhar atau pembakar roti selama kira-kira 5 minit. Untuk rasa yang lebih sedap anda boleh juga letakkan sos Tabasco.

Sumber: Soranews24

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds