INDONESIA – Seorang lelaki dijumpai tidak bernyawa pada 19 Januari lalu di dalam sebuah mini van di daerah Tangerang. Menurut Tribun News, difahamkan bahawa mangsa meninggal dunia ekoran daripada terlebih memakan durian. Mangsa yang merupakan pemandu van ataupun dipanggil ‘angkot’ – berfungsi sebagai van mini dan salah satu medium pengangkutan yang banyak terdapat di Indonesia.

Ketua unit siasatan jenayah Polis Tangerang Selatan, AKP Alexander Yuriko berkata bahawa mangsa didapati telah memakan durian dalam kuantiti yang banyak pada malam sebelum dia ditemui mati. Menurut saksi bernama Dedi, dia ternampak van milik Adie lalu mendekatinya kerana ingin bertanya mengapa Adie tidak mengambil penumpang sejak daripada pagi.

Tribun News

Pada ketika itulah, dia lihat mangsa terbaring dengan darah keluar daripada hidungnya. “Berdasarkan siasatan, tiada sebarang kesan penderaan pada mangsa. Menurut ahli keluarga dan saksi, kami mendapati bahawa mangsa menderita penyakit darah tinggi”, jelas Alexander.

“Mangsa disyaki meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi dan memakan durian yang banyak, di mana ia menyebabkan saluran darah pecah dan hidungnya mengeluarkan darah,” tambahnya.

The Jakarta Post

Walaupun sejarah penyakit mangsa mempunyai darah tinggi, namun ahli keluarga tidak membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan autopsi padanya. Mangsa kemudian dikebumikan di kampungnya di Jawa Barat.

Sudah menjadi kelaziman bahawa tabiat memakan durian dalam jumlah yang banyak dapat meningkatkan tekanan darah, namun adakah ia benar? Menurut Antara News, pakar nutrisi pemakanan Indonesia, Marya W. Haryono, tiada sebarang bukti yang dapat membuktikan kaitan antara durian dengan tekanan darah.

Bikin Simpel

Walaupun durian mempunyai asid lemak yang baik, ia juga mempunyai jumlah kandungan potasium yang tinggi. Pengambilan makanan yang kaya dengan potasium mungkin menyebabkan tekanan darah tinggi berlaku. Marya turut mengingatkan orang ramai agar makan durian dalam jumlah yang sederhana agar kekal sihat.

Sumber

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds