Kematian sering dikaitkan dengan kesedihan. Tiada kematian yang mengembirakan sehingga haiwan juga boleh merasai kesedihan berhadapan dengan kematian. Bukan mudah berhadapan dengan kehilangan seseorang yang penting, pasti masa-masa tersebut begitu sukar untuk dilalui.

Jangan hanya kita manusia yang mempunyai emosi sedih, haiwan juga punya nalurinya yang tersendiri dan mereka juga tidak terkecuali daripada bersedih kehilangan ahli keluarga mereka. Mereka juga tahu bahawa kematian adalah sesuatu yang menyedihkan sehingga mereka juga ada cara tersendiri untuk menunjukkan kesedihan tersebut.

Contohnya seperti kumpulan gajah dalam video ini. Kelihatan 10 ekor gajah berkumpul bersama-sama di tebing tasik berhampiran Anuradhapura untuk memberi ‘penghormatan terkahir’ buat ketua mereka yang mati akibat dibunuh. Mereka mengelilingi ketua mereka yang telah jatuh rebah di atas tanah dengan penuh kesedihan.

Ilustrasi – Shutterstock | online express

Sekitar 300 gajah dilaporkan telah berkumpul di sekitar situ walaupun mereka bukan sebahagian daripada kumpulan itu. Mereka menyentuh bangkai gajah yang mati dengan belalai mereka. Percaya atau tidak, spesies ini boleh menghabiskan masa berjam-jam di lokasi di mata berlakunya kematian semata-mata untuk memberikan penghormatan terkahir buat teman atau ahli keluarga yang mati.

Daily Mail/Youtube

Satu kajian pada tahun 2006 yang dilakukan oleh Universiti Oxford juga menunjukkan bahawa manusia biasanya berkabung atas kematian rakan-rakan terdekat atau keluarga, sementara gajah pula berkabung atas kematian kenalan walaupun mereka tidak begitu mengenali antara satu sama lain.

Allowa Lesamana/Facebook

Dalam satu lagi keadaan, penyelidik Shifra Goldenberg berkongsi beberapa rakaman yang jarang berlaku dengan National Geographic apabila beberapa ekor gajah yang berdiri berhampiran dengan sisa bangkai gajah tua bernama Victoria.

Victoria mati secara semula jadi pada tahun 2013 di Rizab Negara Sumburu Kenya. Semasa kematiannya, dia dikelilingi oleh ahli keluarga seta beberapa ekor gajah lain yang tidak pun mengenalinya.

Goldenberg kemudian memberitahu National Geographic, “Apa yang dilakukan oleh keluarga adalah sesuatu yang menarik, tetapi apa yang dilakukan oleh mereka yang tidak mengenalinya pula adalah sesuatu yang penting.”

National Geographic/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds