Anda pasti pernah melihat pelajar sekolah yang masih dalam pakaian seragam berada di restoran mamak semasa waktu persekolahan. Mereka seolah-oleh begitu berani ponteng sekolah dan  secara terang-terangan lepak di kedai mamak.

Baru-baru ini, seorang pengguna Reddit Malaysia, u/drybone-MY berkongsikan kisah dua orang pelajar sekolah bawah umur yang sedang lepak di kedai mamak ‘diceramah’ oleh pekerja kedai mamak tersebut kerana ponteng sekolah.

Gambar hiasan: Hussin Ismail/Facebook

Menurut perkongsian tersebut:

Kedai makan mamak yang berada di Jalan Mutiara, Cheras itu enggan memberi makanan atau minuman kepada kedua-dua pelajar itu kerana mereka secara terang-terangan ponteng sekolah.

Dua orang pelajar itu turut ditegur oleh pekerja kedai makan tersebut kerana ponteng sekolah. Pekerja tersebut menasihati dua orang pelajar tersebut dengan mengatakan bahawa kehidupan di dunia ini amat sukar serta menasihatkan agar mereka kembali ke sekolah.

Malah, mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh sekiranya dua pelajar itu tadi tidak pergi ke sekolah. Dua orang pelajar itu beredar dari kedai makan itu dan mungkin mereka pergi mencari kedai mamak lain yang boleh melayani mereka.

“Saya kagum dengan integriti kedai mamak ini. Meskipun dia boleh mendapat untung yang sikit, tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian,” katanya.

Kredit: u/drybone-MY|Reddit

Perkongsian tersebut turut dikongsi di Twitter oleh  Typical Malaysian dan rata-rata ramai netizen memuji ketegasan yang ditunjukkan oleh kedai mamak itu berbanding kebanyakan pengusaha kedai makanan yang lain hanya membutakan mata menerima kehadiran pelajar ponteng sekolah demi keuntungan semata-mata.

Sumber: Typical Malaysianu/drybone-MY