Nampaknya mi segera bukan sahaja boleh dimasak seperti yang selalu kita masak tetapi boleh juga dijadikan donut. Kedengaran menarik bukan?

Resipi donut mi segera menjadi tular lebih awal di negara jiran kita iaitu Indonesia. Di sana, mereka menggunakan Indomie untuk membuat donut mi segera tersebut tetapi di Malaysia, resipi donut mi segera yang dicadangkan adalah dengan menggunakan Maggi kari.

Mari lihat bagaimana hendak membuat donut mi segera ini.

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus mi segera jenama Maggi
  • 2 batang sosej yang dipotong dadu
  • 4 biji telur yang dipukul sebati
  • 2 paket serbuk perencah mi segera Maggi kari

Bahan-bahan untuk butter ialah:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air dan 2 sudu besar air
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk roti

Cara-cara membuatnya:

1. Untuk membuat adunan butter, campurkan semua bahan tersebut kecuali serbuk roti dan gaulkan hingga sebati. Jika adunan masih pekat, tambahkan sedikit lagi air. Anggaran kepekatan adunan ialah seperti tepung goreng pisang.

2. Rebus mi segera hingga kembang dan kemudian toskan.

3. Masukkan telur, sosej dan serbuk perencah Maggi kari ke dalam mi segera yang telah ditoskan tadi.

4. Kemudian gaul hingga sebati.

5. Masukkan adunan mi segera tadi ke dalam acuan yang mempunyai lubang tengah dan letakkan di dalam pengukus. Pastikan pengukus anda telah dididihkan terlebih dahulu.

6. Selepas 12 minit, keluarkan adunan mi segera yang telah siap dikukus itu. Jika anda menggunakan acuan seri ayu, kukus selama 5 minit sahaja.

7. Celupkan mi segera yang telah dikukus itu ke dalam adunan butter dan salutkan dengan serbuk roti dengan rata.

8. Gorengkan donut mi segera tersebut di dalam minyak panas sehingga bertukar ke warna kuning keemasan.

Donut mi segera telah siap! Hidangkan bersama sos kegemaran anda, pasti rasanya lebih enak. Cubalah!

Sumber: VITDAILY

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds