Buat peminat sukan lumba kereta Formula One (F1), pasti anda akan kenal dengan figura hebat dalam sukan berkenaan. Siapa lagi jika bukan Michael Schumacher. Baru-baru ini, Ferrari mengumumkan bahawa pihak mereka telah menandatangani perjanjian kerjasama antara Ferrari dengan anak lelaki Michael, iaitu Mick Schumacher yang berusia 19 tahun ke Akademi Pemandu Ferrari.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik pada laman utama F1 Sabtu lalu, pengetua akademi Scuderia untuk kumpulan Ferrari, Mattia Binotto, berkata Ferrari membuat keputusan untuk menawarkan peluang kepada remaja berkenaan berdasarkan bakat serta profesionalisme dan kualitinya.

“Bagi saya yang memang mengenalinya sejak dia lahir, maka tidak hairanlah jika kami mengalukannya untuk menyertai Ferrari. Tetapi, kami sebenarnya memilih Mick berdasarkan kepada bakat, kualiti dan profesionalisme yang membuatkan dia terpilih walaupun masih muda,” jelas Mattia.

Mick Schumacher meraikan kemenangan di edisi Formula 3 di Hockenheimring pada 14 Oktober, 2018

Dalam pada itu, bapanya, Michael yang bakal mencapai umur 50 tahun bulan ini walau bagaimanapun tidak kelihatan ekoran mengalami kecederaan ketika meluncur pada tahun 2013. Beliau sememangnya merupakan antara pelumba yang disegani kerana telah memenangi 5 anugerah bersama Ferrari.

The Mirror

Juara bertahan Formula 3, Mick, akan berlumba dalam Formula 2, kategori terakhir sebelum F1, dengan pasukan Prema pada 2019. Sebagai sebahagian daripada perjanjian bersama Ferrari, Mick akan memandu dalam dua ujian dengan pasukan Itali berkenaan pada musim ini.

Menurut Mick, “Saya teruja kerana Ferrari menawarkan peluang kerjasama bersama saya dan masa depan saya di dalam dunia permotoran ini akan bewarna ‘merah’ kerana menjadi sebahagian daripada Akademi Pemandu Ferrari dan juga keluarga Scuderia Ferrari.

BBC

Sekali lagi, ia merupakan langkah untuk terus maju ke hadapan, dan saya hanya boleh mendapat keuntungan daripada jumlah kepakaran yang dibekalkan di sana. Sudah jelas bahawa Ferrari mempunyai tempat di hati saya dan keluarga sejak saya dilahirkan, jadi saya secara peribadinya gembira dengan peluang ini.”

Mick akan mengambil bahagian semasa persedian pra-musim bersama-sama dengan pemandu FDA yang lain pada minggu hadapan. Selamat maju jaya diucapkan kepada Mick!

Sumber: CNN

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL SUKAN

Video Popular