Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun telah berjaya menyelamatkan nyawa bapanya yang pengsan dan tidak sedarkan diri dengan memberi bapanya makan yoghurt.

Kanak-kanak bernama Lenny-George Jones ini melihat bapanya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri akibat komplikasi diabetik. Lenny tidak sesekali panik dan telah bertindak mengambil kerusinya untuk membuka peti sejuk dan mengambil dua yogurt jenama Muller Crunch Corners.

Brand Eating

Lenny kemudiannya mengambil pisau plastik dari dapur permainannya dan menyuapkan yoghurt berkenaan ke dalam mulut bapanya.

Tidak lama kemudian, bapanya Mark, 34 tahun mula sedarkan diri dan segera bangun untuk mengambil pil glukosnya bagi mengurangkan simptom itu.

Adobe Stock

Menurut ibu Lenny iaitu Emma, 31 tahun, dia berasa amat bangga dengan tindakan pantas anaknya itu. Malah, dia turut terkejut apabila mendapati anaknya begitu bijak mengenai soal kesihatan bapanya sedangkan mereka tidak pernah duduk berbincang untuk menerangkan kepada Lenny apa yang patut dilakukannya jika insiden kecemasan seperti ini berlaku.

“Lenny telah menyelamatkan nyawa Mark. Mark adalah pesakit diabetis Jenis 1 dan perlu mengambil insulin sebanyak empat kali sehari. Pada malam Ahad itu, saya perlu ke rumah ibu yang terletak kira-kira dua minit dari rumah kami dan saya meninggalkan mereka berdua menonton CBeebies bersama-sama.”

Manchester Evening News

Tambah Emma lagi, “Saya keluar selama 30 minit dan apabila pulang ke rumah, kedua-dua mereka sedang terbaring di atas sofa. Mark kelihatan lesu dan saya bertanya kepada mereka apakah yang telah berlaku.”

Setelah itu, barulah Emma mendapati bahawa anak kecilnya itu telah menyelamatkan suaminya dan perkara ini diakui sendiri oleh Mark.

“Saya selamatkan ayah!” kata Lenny kepada Emma.

Manchester Evening News

Mengimbas kembali detik itu, Emma memaklumkan bahawa kemungkinan besar Lenny pernah melihat Emma memberikan yoghurt kepada Mark ketika suaminya itu jatuh sakit.

Kanak-kanak menjalani proses pembelajaran melalui perkara yang dilihat dan didengarinya. Justeru, tidak hairanlah bagaimana Lenny boleh menyelamatkan bapanya daripada insiden yang tidak diingini.

Sememangnya anak yang boleh diharap!

Sumber: Metro, Manchester Evening NewsLove This Pic

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds