BEIJING – Pertumbuhan ekonomi di China merekodkan penyusutan kepada paras terendah dalam tempoh 28 tahun, iaitu pada paras 6.6% untuk tahun 2018. Pertumbuhan ekonomi China turun ke paras terendah dalam tempoh hampir 3 dekad untuk berada pada 6.6 peratus bagi tahun 2018.

Associated Press

Perkembangan ekonomi di China telah kehilangan momentum berikutan usaha kerajaan untuk cuba mengekang hutang yang tinggi. Ia juga telah mula merasakan kesan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat, yang mengakibatkan tarif baru kepada lebih USD250 bilion eksport China. Hubungan yang tegang turut memacu kepada penurunan ekonomi yang jauh lebih rendah berbanding dengan jangkaan kemerosotan pada suku terakhir tahun 2018.

Malahan, unjuran ekonomi yang tidak menentu juga menyaksikan penangguhan pelaburan dibuat oleh syarikat-syarikat, selain turut membuat pengangguhan pengambilan pekerja. Bahkan ada yang membuang pekerja. Menurut rekod, kadar pengangguran di negara berkenaan adalah sebanyak 4.9% pada bulan Disember, berbanding dengan 4.8% pada bulan November 2018.

CNN Business

Pertumbuhan ekonomi dijangka turun hampir 6% untuk tahun ini. Tetapi, ramai penganalisis yang ragu-ragu dengan ketepatan angka yang diramalkan pihak kerajaan dan mengatakan secara realitinya, pertumbuhan mungkin akan jauh lebih rendah. Perkembangan ekonomi China amat penting terutamanya buat negara membangun seperti Malaysia yang bergantung kepada eksport ke negara berkenaan.

Sumber: CNN Business, Astro Awani

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds