PUTRAJAYA – Jemaah Menteri telah mencapai kata sepakat dalam menghapuskan penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan muda untuk melaksanakan perintah berkurung khususnya kepada belia Malaysia pada 17 Januari yang lalu.

Kredit: Miera Zulyana/Malay Mail

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung ini dibuat berdasarkan kajian terhadap perintah berkurung juvana yang diamalkan di Iceland. Jelas Azizah, perintah undang-undang itu berjaya dilaksanakan bagi menangani isu berkaitan dadah dalam kalangan remaja berusia di bawah 18 tahun.

Di Iceland, satu dasar dikenali sebagai Belia di Iceland telah melaksanakan beberapa langkah bagi mengatasi penyalahgunaan dadah dan minuman keras. Di dalam dasar tersebut, golongan remaja lingkungan usia 13 hingga 16 tahun yang terlibat akan diletakkan di bawah perintah berkurung iaitu 10 malam pada musim salji dan tengah malam pada musim panas.

Kredit: Afew International

“Ia adalah satu model yang sebenarnya boleh kita contohi. Ia mungkin akan menjadi sedikit sukar memandangkan kita memiliki budaya gerai mamak 24 jam.”

Tambah Wan Azizah, “Kami memandang serius akan perkara ini… kerana kami mendapati kebanyakan penghisap dadah adalah mereka yang masih muda.”

Kredit: Creevey Russell

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan bahawa pihak kerajaan kini sedang meneliti perkara lain seperti keadaan perumahan dan juga pendidikan. Malah, beliau turut mengingatkan para ibu bapa agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk menjaga kebajikan anak masing-masing.

“Tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak boleh diberikan kepada kerajaan sahaja. Anda juga perlu menganggap ia adalah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa.”

Sumber: Malay Mail, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds