Kita semua tahu bahawa sarapan merupakan satu perkara yang penting dan wajib diambil setiap hari bagi memastikan kesihatan badan terjamin dan membolehkan anda mendapat nutrisi secukupnya bagi memulakan hari anda!

Bagaimanapun, wanita bernama Wang ini telah menderita sakit perut yang parah sehingga akhirnya doktor mengesahkannya menghidap batu karang. Semua ini gara-gara rutin hariannya yang tidak mengambil sarapan pagi dan kurang minum air putih.

Kredit: Two Eggz

Menurut laporan ET Today, wanita berusia 39 tahun dan berasal dari Guizhou, China itu telah disahkan mengalami penyakit ulser perut sekitar enam tahun yang lalu. Jadi, setiap kali mengalami sakit perut, dia akan mengambil beberapa ubat ulser untuk menghilangkan kesakitan berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari, Wang dikhabarkan mengalami kesakitan yang teramat sangat dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Pada ketika itulah, doktor mendapati kesakitan yang dialami oleh Wang adaklah berpunca daripada penyakit batu karang. Bagaimanapun, apa yang membuatkan doktor lebih terkedu adalah setelah menjalankan pemeriksaan, mereka mendapati jumlah batu karang yang terdapat pada pundi kencing Wang adalah sangat banyak!

Kredit: Banned Book

Wang telah menjalani prosedur pembedahan laparoscopic dan doktor telah mengira jumlah batu karang yang berjaya dibawa keluar dari tubuh Wang. Ianya adalah sebanyak 2,000 biji dan ini merupakan satu kes yang sangat luar biasa pernah berlaku!

Dilaporkan saiz batu karang terbesar yang berjaya dikeluarkan adalah sebesar 1 sentimeter manakala yang paling kecil pula adalah 0.2 sentimeter. Meskipun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya pembentukan batu karang, pihak doktor memaklumkan ianya adalah berpunca daripada amalan pemakanan tidak sihat Wang selain tabiatnya yang tidak mengambil sarapan.

Kredit: ET Today

Hal ini demikian kerana Wang tidak bekerja dan sering bangun tidur lewat sekali gus menyebabkan dia tidak menikmati sarapan pada waktu pagi. Di samping itu, Wang juga menggemari makanan pedas, berminyak dan organ dalaman haiwan serta kurang minum air.

Penyebaran kisah ini mengejutkan ramai netizen yang langsung tidak menyangka bahawa tidak mengambil sarapan mampu mengakibatkan masalah batu karang kronik seperti yang terpaksa dilalui oleh Wang.

Justeru, sebagai pengajarannya anda haruslah sentiasa makan tepat pada waktu selain mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi pesakit batu karang.

Sumber: World of Buzz, ET Today

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds