CHERAS – Seorang lelaki didapati meninggalkan anak perempuannya di dalam kereta di Tesco Taman Midah, Cheras selama 30 minit pada 16 Januari lalu. Difahamkan bahawa kereta berkenaan diletakkan berdekatan dengan pintu masuk pasar raya tersebut.

Kredit: Kia.my|Facebook

Oleh kerana ia diletakkan berdekatan dengan pintu masuk, maka ramai pengunjung yang ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian yang dikunci di dalam kereta. Manakala bapa kanak-kanak itu dikatakan hanya muncul di kereta setelah pihak pengurusan pasar raya berkenaan membuat pengumuman tentangnya.

Satu laman komuniti di Facebook, Kia.my menjelaskan bahawa kanak-kanak berkenaan didapati menangis dan berpeluh-peluh apabila pengunjung yang lain menyedari bahawa dia ditinggalkan keseorangan di dalam kereta dengan tingkap yang tertutup rapat dan pintu dikunci.

Kredit: Kia.my|Facebook

Nasib baiklah orang ramai yang melalui lokasi tersebut nampak dan segera memberitahu pengawal keselamatan kerana khuatir kanak-kanak itu lemas kekurangan oksigen atau terkena strok haba. Sejurus itu, pihak pengurusan pasar raya tersebut segera membuat pengumuman untuk mencari pemilik kereta terbabit.

Kanak-kanak tersebut didakwa telah dikunci di dalam kereta selama 30 minit sebelum seorang lelaki yang dipercayai bapanya muncul ke kereta berkenaan. Apabila menyedari tindakannya itu menjadi isu, dia kemudiannya bergegas masuk ke dalam kereta dan meninggalkan lokasi.

Insiden berkenaan telah dikongsi secara meluas dan mendapat perhatian ramai pengguna Facebook. Salah seorang mencadangkan agar sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi tersebut, perlu memecahkan tingkap dengan segera untuk menyelamatkan kanak-kanak di dalamnya.

Kredit: Kia.my|Facebook, Says

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular