Pasti ramai antara anda yang pernah terluka jari atau tangan akibat ‘paper cut’. Mungkin kerana kecuaian atau anda sendiri tidak perasan kertas yang dipegang boleh menyebabkan anda mengalami luka. Walaupun luka akibat terkena kertas yang tajam tidak serius tetapi pedihnya tetap terasa. Ada yang lebih teruk apabila jari mungkin boleh berdarah.

Anda tahu sejauh mana ketajaman kertas yang kita gunakan setiap hari apabila digunakan untuk memotong objek keras? Bunyinya macam mustahil, bolehkah kertas ringan memotong objek keras? Tetapi sebelum anda membuat kesimpulan, saksikan sendiri video eksperimen di bawah.

Eksperimen kali ini untuk melihat sendiri apa yang boleh dipotong menggunakan kertas A4. Sejauh manakah ketajaman kertas ini?

Mula-mula potong kertas dalam bentuk bulat yang disesuaikan dengan mesin yang akan digunakan.

Seperti yang boleh dilihat di bawah, pemotong kertas sudah siap dipasang.

Lihat betapa mudahnya pemotong kertas ini memotong roti tersebut!

Ya, mungkin ada yang mengatakan roti mungkin lembut, jadi mudah untuk dipotong. Sekarang, lihat pula apa yang boleh dilakukan kertas ini. Potong pensil pun boleh!

Hendak memotong penutup botol plastik juga nampaknya tiada masalah!

Potong batang kayu? Biar betul!

Mahu memotong gumpalan getah yang sukar? Guna sahaja pemotong kertas yang tajam ini!

Apa yang paling mengagumkan, potong buah kelapa yang keras pun boleh!

Selepas menonton sendiri eksperimen ini, pasti anda akan lebih berhati-hati memegang kertas. Ya, kertas A4 memang ringan tetapi sangat tajam!


Sumber: Youtube|Mr. Hacker

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular