KOTA KINABALU : Seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan di mana dia diserang tikus beberapa kali ketika dia menonton wayang di Growball Cinemax di bandar berkenaan.

Menurutnya sebagai Hyim A Ny di Facebook, berkata bukan dia sahaja yang terkena malahan ramai lagi penonton yang turut terkena gangguan tikus berkenaan. Walau bagaimanapun, dirinya mengalami trauma kerana terdapat seekor tikus yang kerap datang semula ke tempat duduknya.

“Apa punya tikus. Dia tidak takut dan lari apabila dihalau”, tulisnya di Facebook sambil menambah bahawa tikus berkenaan berterusan mengganggunya sepanjang filem berkenaan ditayangkan walaupun dia sudah cuba menghalaunya sehingga dia terpaksa menukar tempat duduk.

Kredit: Hyim A Ny|Facebook

Tetapi ia tidak berhasil. Pemuda berkenaan juga berkata bahawa tikus-tikus di situ telah menganggap ruang pawagam tersebut adalah ‘rumah’ mereka selain berkata dewan panggung berkenaan berbau busuk. “Jika tikus ini sesat sehingga berjaya masuk ke dalam dewan panggung, maka tikus itu tidak akan berani dekat dengan manusia. Saya rasa bukan saya sahaja menjadi mangsa. Tolong jaga kebersihan tempat ini”, tulisnya lagi.

Berikut merupakan rakaman video yang dirakamnya menunjukkan tikus itu datang dekat ke minumannya. Difahamkan bahawa kisah lelaki ini telah mendapat 5,000 perkongsian selain videonya telah ditonton lebih 275,000 kali.

Di ruangan komen, seorang lelaki turut melampirkan gambar-gambar yang dirakamkannya pada tahun lalu – keadaan berselerak dengan tikus dilihat berada di bawah tempat duduk berdekatan dengan bekas bungkusan sisi makanan.

Kredit: Hyim A Ny|Facebook

Kredit: Hyim A Ny|Facebook

Kredit: Hyim A Ny|Facebook

Sementara itu, Growball Cinemax telah mengeluarkan kenyataan pada laman Facebook mereka yang menjelaskan bahawa pihak mereka kini sedang dalam usaha membersih serta menjalankan kerja-kerja penambahbaikan di dewan panggung.

“Kami meminta maaf atas insiden yang tular tersebut. Kami kini dalam proses pembersihan menyeluruh dan kami akan menjalankan kerja penambahbaikan secara berperingkat. Kami harap anda dapat bersabar dan memberi kami masa untuknya”.

Selain itu, syarikat berkenaan juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen dan cadangan dalam membantu mereka membaiki insfrastruktur. Di samping itu juga, syarikat tersebut juga meminta lelaki yang menjadi mangsa tikus itu untuk tampil agar mereka dapat memberikan ganti rugi.

Sumber: Hyim A Ny|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds