Kenali Alena Kravchenko, seorang gadis yang digambarkan seperti watak Disney berambut panjang iaitu Rapunzel yang tidak pernah memotong rambutnya sejak dia berusia lima tahun.

Setelah sekian lama menyimpan rambut, wanita berusia 33 tahun yang juga merupakan seorang ibu kepada dua cahaya mata ini kini memiliki rambut sepanjang dua meter!

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

Alena yang berasal dari Ukraine turut mengongsikan tips yang diamalkannya untuk mendapatkan rambut sepertinya iaitu mencuci tanpa menggunakan produk syampu sekali setiap tempoh tiga minggu!

Menurut Alena, mencuci rambut dengan menggunakan syampu mampu merosakkan struktur rambut.

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

“Saya jarang mencuci rambut kerana produk penjagaan rambut tidak bagus dan boleh membantutkan pertumbuhan rambut. Saya lebih sukakan ianya cantik semula jadi dan kandungan minyak semula jadi pada rambut adalah yang terbaik dan membantu mengekalkan rambut menjadi bersinar”.

Alena turut mengusahakan perniagaannya sendiri dengan menganjurkan parti untuk golongan kanak-kanak. Kadangkala, dia sendiri akan berpakaian seperti puteri Disney dan membuatkan semua mata tertumpu padanya.

Seperti melihat watak Rapunzel yang sebenar!

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

Di samping itu, Alena juga tidak pernah membenarkan sesiapa sahaja menyentuh rambutnya. Jadi, dia akan memotong hujung rambut yang bercabang sendiri tanpa pergi ke salun kecantikan.

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

Tambahnya lagi, sejak berusia 20-an, dia sudah memiliki rambut di paras pinggang. Lama-kelamaan, rambutnya menjadi semakin panjang sehingga mencecah lutut dan kini, mencecah bahagian lantai. Malah, Alena turut mengakui bahawa dia sudah beberapa kali terpijak rambutnya sendiri.

“Saya lebih gemar melepaskan rambut kerana ia jauh lebih selesa. Jika disanggul, rambut akan menjadi lebih berat”.

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

Alena turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali memotong rambutnya memandangkan ianya kini telah menjadi sebahagian daripada identiti dirinya…

Kredit: Instagram/ @alenuwka__

“Rambut ini menjadikan diri saya seorang wanita yang unik dan secara jelasnya mempunyai dedikasi tinggi kepada perkara yang disayanginya. Tiada apa yang lebih cantik di dunia ini berbanding wanita yang memiliki rambut beralun dengan semula jadi”.

Sumber: Instagram/ @alenuwka__

Maybe you're interested :

Share

Video Popular