Seekor ibu lembu menjadi berita sensasi yang tular selepas gambarnya yang dirakam bersama anaknya telah dimuat naik di halaman Reddit. Seorang pengguna Reddit dengan nama UnicornsAndJerky telah memuat naik gambar seekor lembu unik bernama Celeste yang dimiliki oleh seorang rakannya. Dalam gambar itu kelihatan Celeste bersama anaknya yang berwarna coklat debu bernama Nebula.

Difahamkan mengapa gambar ibu lembu dan anaknya menjadi begitu popular dengan lebih 60,000 sukaan ialah kerana Celeste mempunyai paras rupa yang sangat unik.

Kredit : UnicornsAndJerky/Reddit

Celeste mempunyai limpahan bintik-bintik dan tompokan putih yang tersebar di seluruh kulitnya yang berwarna hitam dan gelap. Jika diperhatikan, paras rupa Celeste tidak ubah seperti bintang-bintang yang bersinar dan bergemerlapan di langit pada malam hari.

Sehinggakan rupa Celeste yang berbeza telah mencetuskan pelbagai komen yang melangkaui imaginasi beberapa orang netizen di media sosial.

Seorang pengguna Reddit menulis, “Lihatlah apa yang terjadi apabila seekor lembu telah tersalah lompat ke atas bulan.”

Kredit : UnicornsJerky/Imgur

Netizen ini pula menulis, ” ‘Milky Way’ di antara ruang angkasa.”

Seorang lagi bergurau dengan menulis, “Terlepas peluang untuk menamakannya ‘Gal-lactose’.”

Walaupun ramai yang memberi komen, pelbagai soalan yang diajukan tidak terjawab. Dari mana asalnya baka Celeste?

Kredit : UnicornsJerky/Imgur

Ramai yang ingin mengetahui asal-usul Celeste. Menurut pemiliknya, Celeste telah dibeli dalam satu bidaan dan dia juga tidak tahu serta tiada petunjuk asal-usul baka Celeste.

Seorang netizen memberi cadangan, “Rupanya seperti kacukan Speckle Park atau British White. Mungkin campuran dua baka itu telah menyebabkan corak yang unik ini.”

Seorang lagi menulis, “Saya rasa ini baka Holstein, tetapi dengan corak yang pelik. Saya fikir anak lembu itu seperti baka Jersey, atau mungkin Guernsey. Saya membesar melihat lembu baka Jersey. Mereka semua sangat comel.”

Kredit : UnicornsJerky/Imgur

Walaupun ramai yang masih berteka-teki dengan baka Celeste dan apa yang menyebabkan rupanya menjadi seperti itu, yang pasti Celeste seekor lembu yang unik dan cantik untuk dilihat.

Sumber : Unicorns AndJerky/Reddit , Epoch Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds