Marie Kondo merupakan seorang pakar perunding mengemas dan pengarang buku berbangsa Jepun. Kaedah KonMari disampaikan melalui buku “The Life-changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing”  diterbitkan pada tahun 2011, semasa beliau berusia 26 tahun.

Kredit: mariekondo|Instagram

Beliau kini yang berusia 34 tahun mempunyai siri Netflix sendiri untuk memperkenalkan kaedah KonMari kepada orang ramai. Berikut adalah 7 kaedah KonMari yang ringkas dan praktikal:

#1. Bersihkan mengikut kategori, bukan bilik

Kredit: Netflix

Mengamalkan kaedah KonMari bererti susun barang-barang mengikut kategori, yang harus diikuti dalam susunan ini:

– Pakaian
– Buku
– Kertas
– Komono (barang-barang lain)
– Barang sentimental

Kondo menasihatkan untuk meletakkan kategori barangan sentimental paling akhir, khususnya jika ia melibatkan mengemas barang-barang yang disayangi.

“Sebabnya adalah kerana untuk mengemas barang-barang sentimental adalah sangat sukar, jadi ada kemungkinan besar ia akan mengganggu proses pembersihan,” menurutnya.

#2. Keluarkan segalanya dan letakkannya di satu tempat untuk disusun

Kredit: Netflix

“Hanya apabila anda benar-benar berhadapan dengan berapa banyak yang anda ada, anda mula menyedari apa yang perlu anda lakukan,” kata Kondo.

Keluarkan kesemua barang yang ada dalam kategori, letakkannya ke kawasan yang luas – seperti tempat tidur, ruang tamu, atau meja makan – dan kemudian mula menyusunnya.

Pegang setiap barang dan tanya diri anda “apakah barang ini penting bagi anda?” dan, menurut Kondo, ini adalah bagaimana ia akan membuat anda merasa jika barang itu memancarkan kegembiraan dalam hidup anda.

Kredit: Netflix

#3. Menguasai cara lipat pakaian kaedah KonMari 

 

Kredit: GIPHY

Trik ini adalah benar-benar berguna. Menggunakan cara lipatan KonMari akan menjimatkan ruang di dalam almari anda.

Anda boleh menonton video kaedah lipatan KonMari di sini.

#4. Simpan barang secara menegak

 

Kredit: mariekondo/Instagram

“Matlamatnya adalah untuk dapat melihat segala-galanya dengan sekali pandang,” jelas Kondo.

Jangan tindan barang-barang di dalam laci dapur, letakkannya pada sisinya supaya anda dapat melihat barang apa yang boleh digunakan.

#5. Gunakan bakul, tong atau bekas untuk simpan barang

Kredit: mariekondo/Instagram

Jangan simpan barang-barang di dalam beg, kerana ia kelihatan seperti anda mempunyai sampah di sekeliling rumah. Sebaiknya, gunakan bekas simpanan yang lut sinar supaya anda sentiasa dapat melihat barang apa di dalamnya.

#6. Barang-barang sentimental perlu disimpan dengan cara yang memancarkan kegembiraan untuk anda

Kredit: Netflix

Gambar, sebagai contoh, adalah barangan sentimental yang sering disimpan dengan cara yang memancarkan kegembiraan.

Kondo menasihati supaya menyimpan gambar dalam album – disusun sama ada mengikut tahun atau acara – dan album tersebut kemudiannya boleh diletakkan di atas rak buku atau meja kopi, kedua-dua tempat yang boleh “mencetuskan kegembiraan” apabila anda melihatnya.

#7. Setiap individu di dalam rumah harus bertanggungjawab untuk ruang mereka sendiri

 

Kredit: Netflix

“Ketika mengemas, setiap individu harus bertanggungjawab terhadap ruang mereka sendiri, ini akan mengurangkan ketegangan dan meningkatkan kepercayaan dan ikatan mereka,” kata Kondo.

Tempat-tempat seperti almari dan bilik belajar adalah apa yang anda boleh panggil “ruang sendiri”, jadi orang yang memiliki ruang itu harus bertanggungjawab untuk memilih barang apa yang perlu dibuang dan disimpan.

Walau bagaimanapun, untuk mengemas kawasan umum yang digunakan oleh semua, seluruh isi rumah perlu bertanggungjawab mengemasnya.

Sumber: mariekondo/Instagram, Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds