Seorang ibu terkejut dan takut setelah mengetahui kamera CCTV di rumahnya merakamkan imej lembaga seperti anaknya.

Wanita itu, Jennifer Hodge, berusia 57 tahun dari Atlanta, Georgia ketika itu berada di katil sedang menonton televisyen bersama anak perempuannya, Lauren, 21 tahun. Kemudian, dia menerima notifikasi pada telefon bimbitnya yang bertulis, “Individu yang dirakam pada ruang masuk”.

Apabila ibu berkenaan membuka pesanan berkenaan, dia lihat terdapat lembaga lelaki lutsinar yang kelihatan seperti Robbie, anaknya yang telah meninggal dua tahun lalu akibat penyalahgunaan dadah. Jennifer yang merupakan seorang ejen hartanah mendakwa dirinya terkedu dan terperanjat setelah melihat lembaga berkenaan namun percaya ia menandakan bahawa roh anaknya tenang di alam sana.

Jennifer Hodge melihat lembaga lelaki lutsinar seakan anaknya, Robbie, yang telah meninggal dunia

Imej berkenaan jelas menunjukkan lembaga seorang lelaki kelihatan seperti Robbie yang sedang memakai baju tidur bewarna putih di dapur rumahnya

“Saya terkejut. Ia sememangnya sukar dipercayai. Saya sedang baring di atas katil sambil menonton televisyen bersama anak saya. Telefon bimbit pula berada di tengah-tengah antara kami dan saya menerima notifikasi mesej mengatakan bahawa dapur rumah saya telah dicerobohi”, jelas Jennifer.

Lauren berkata terdapat seseorang di dapur dan dia kelihatan seperti Robbie. “Saya terkesima. Ia sememangnya sama berjambang seperti anak saya”, tambahnya. Kedua-dua ibu dan anak berkenaan bergegas ke dapur untuk melihat namun tidak menjumpai kesan pencerobohan berlaku.

Jennifer berkata dirinya masih ketakutan setelah melihat lembaga misteri itu

Terdapat email notifikasi yang muncul di telefon bimbit Jennifer mengatakan bahawa terdapat pencerobohan di dapur rumahnya

“Kini, saya rasa mendiang mahu saya tahu bahawa dirinya sedang bahagia di syurga. Ia melegakan hati saya namun masih tidak percaya bagaimana semua ini boleh berlaku pada saya? Saya tidak pernah mengalami situasi sebegini dan tidak pernah melihat hantu. Ia sememangnya kelihatan seperti Robbie”, tambah Jennifer lagi.

Robbie  meninggal pada tahun 2016 ketika usianya 23 tahun kerana dipercayai terlebih mengambil Xanax tiruan secara tidak sengaja

Ibu Robbie bersama anak perempuannya

Menurut Jennifer, mendiang merupakan seorang yang pemurah, penyayang dan sangat mengambil berat terhadap orang lain. Dia dan mendiang kemudiannya telah memulakan kerja amal bagi membendung ketagihan yang menjadi penyebab kematiannya. “Robbie merupakan budak yang baik. Dia mengalami ketagihan dan kami sangka heroin menyebabkannya meninggal”.

Namun setelah menyiasat, sebenarnya ia disebabkan oleh Xanax. “Saya dan mendiang bersama-sama memulakan kerja amal sebelum kematiannya bagi mengawal ketagihan dengan menggunakan aspek hartanah untuk menyelamatkan nyawa insan lain sehingga diberikan anugerah kebangsaan. Robbie cuba untuk membantu orang lain ketika dirinya juga dalam usaha untuk membantu dirinya”, akhiri ibu berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds