Seorang nelayan warga Indonesia mendakwa dirinya melihat pesawat MH370 yang hilang beberapa tahun lalu terhempas di lautan dan ia digambarkan seperti layang-layang yang telah rosak, selain berkata bahawa dirinya sempat merakamkan lokasi kejadian berkenaan.

Kredit: ALAMY

Pesawat Malaysia Airlines itu dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2014 dan misteri kehilangannya sehingga kini menghantui rata-rata individu di seluruh dunia.

Nelayan tersebut mendakwa dia dan anak kapal yang lain menyaksikan insiden pesawat itu terhempas di perairan Selat Melaka

Rusli Khusmin, 42 tahun, berkata dia dan anak kapal yang lain menyaksikan kejadian tersebut dan sempat merakamkan koordinat kejadian berkenaan menggunakan peranti GPS. Menurutnya, ia berlaku di Selat Melaka – di bahagian Barat Kuala Lumpur, berdekatan dengan Phuket, Thailand dan ia merupakan lokasi pesawat MH370 itu terputus hubungan.

Rusli turut menunjukkan peta kepada para wartawan akan lokasi pesawat itu terhempas memasuki air tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dalam satu sidang berita di Subang Jaya, Rusli berkata dia melihat sebuah pesawat bergerak daripada kiri ke kanan seperti layang-layang rosak.

“Tiada sebarang bunyi yang didengari. Hanyalah asap hitam sahaja selain bau asidnya yang kuat ekoran kebakaran pesawat sebelum ia terhempas”, jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, Rusli tidak menjelaskan sebab dia menunggu hampir lima tahun untuk mendedahkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Dia juga bersumpah menggunakan Al-Quran akan kisahnya ini selain memberikan bahan bukti kepada pihak CASSA, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.

Difahamkan data berkenaan akan dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kerajaan Malaysia dalam pada itu, telah menamatkan penyiasatan MH370 secara rasminya pada tahun lalu.

Rusli Khusmin mendakwa dirinya merakamkan koordinat lokasi terhempasnya pesawat MH370 selepas menyaksikan pesawat berkenaan terhempas ke dalam lautan

Kredit: GETTY – CONTRIBUTOR

Koordinat kejadian itu kemudian ditunjukkan Rusli pada peta sewaktu sidang berita diadakan

Kredit: GETTY – CONTRIBUTOR

Nelayan itu juga bersumpah dengan Al-Quran sebelum menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa

Kredit: GETTY – CONTRIBUTOR

Bukti-bukti berkenaan kini dihantar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kredit: GETTY – CONTRIBUTOR

Misi penyiasatan kehilangan pesawat terbabit difokuskan di Lautan Hindi

Kredit: AFP

Serpihan yang dipercayai berasal daripada pesawat berkenaan dilaporkan telah dijumpai

Kredit: AFP OR LICENSORS

Lima serpihan pesawat berkenaan didakwa telah dijumpai di pantai Madagascar

Kredit: EPA

Sumber: The Sun

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds