Apabila Carmen Morales pertama kali bertemu dengan Cotton, dia berasa sangat kasihan kepadanya kerana kucing itu berada dalam kesakitan.

Cotton ditemui di jalanan di Florida, dalam keadaan yang lapar dan dalam kesakitan. Cotton berkudis di kebanyakan bahagian tubuh badannya, sehinggalah menjejaskan bahagian matanya.

“Cotton malahan tidak dapat melihat atau membuka matanya,” ujar Morales, pengasas Projek Kawan Haiwan kepada The Dodo. “Pastinya begitu menakutkan baginya di luar sana kerana tidak dapat melihat. Cotton bersendirian dan sangat kurus kerana tidak dapat mencari makanan.”

Morales, yang telah banyak menyelamatkan kucing jalanan selama bertahun-tahun telah mencipta wad kuarantin untuk kucing itu di bilik mandinya, di mana dia mula memberi makan kepada Cotton dan merawatnya dengan antibiotik. Cotton selalu berasa gatal dan tidak selesa – tetapi selepas beberapa hari rawatan, Cotton mula berasa lega.

Kredit: Carmen Morales

Walaupun pada ketika itu Cotton tidak dapat melihat, namun Cotton tetap mempercayai Morales. Cotton hanya berdiam diri ketika disapukan ubat dan minyak kelapa pada kulitnya pada setiap hari, dan menunggu dengan sabar untuk masa makan dan masa bermanja dengan Morales.

Berkat usaha Morales, keadaan Cotton semakin hari menjadi semakin baik. Kemudian, selepas beberapa minggu penjagaan yang berterusan, sesuatu yang luar biasa telah berlaku.

Kredit: Carmen Morales

Cotton membuka matanya – dan dapat melihat.

Bukan sahaja mata Cotton telah sembuh, tetapi rupa-rupanya Cotton juga memiliki sepasang mata yang menakjubkan. Satu matanya berwarna biru terang, manakala yang sebelah lagi berwarna hazel.

Setelah bulan-bulan berlalu, akhirnya Cotton berjaya sembuh sepenuhnya dan Cotton benar-benar kelihatan seperti kucing yang sama sekali berbeza.

Kredit: Carmen Morales

“Kami fikir Cotton buta, dan akan buta selama-lamanya,” kata Morales. “Doktor haiwan itu berpendapat bahawa walaupun matanya pulih, mata Cotton mungkin rosak, tetapi rupanya matanya tidak rosak. Ini adalah kejutan yang luar biasa. Matanya sangat cantik. “

Kredit: Carmen Morales

Selepas tiga bulan sesi pemulihan, Cotton yang berusia 6 tahun itu menjadi seperti kucing baru – dan Cotton begitu manja dan akrab dengan Morales. Ke mana sahaja Morales pergi, Cotton pasti akan mengikutinya. Menariknya, Cotton sering berasa malu dan gementar apabila berada dengan orang asing, tetapi hal itu tidak akan berlaku apabila Cotton berada disamping Morales.

Kredit: Carmen Morales

Setelah segala-galanya yang dialami oleh Cotton, akhirnya kucing yang bertuah ini telah menjalani kehidupan yang sempurna. Dengan itu, Morales begitu bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Cotton.

Jelas sekali, Cotton juga merasakan perkara yang sama.

Kredit: Carmen Morales

Cotton sangat gembira kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga Morales. Kini, Cotton sentiasa menghabiskan masanya bersama dengan pemiliknya yang tersayang.

Kredit: Carmen Morales

“Cotton begitu cantik dan merupakan peneman yang sempurna untuk keluarga kami,” kata Morales. “Kucing seperti Cotton bergantung kepada orang ramai untuk menyembuhkan diri, kerana mereka tidak boleh meminta bantuan… Saya yakin begitu ramai orang yang pernah melepasinya kerana Cotton begitu sakit, tetapi ternyata Cotton hanya menunggu seseorang untuk memberi peluang kepadanya. “

Sumber: The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular