Kuala Lumpur – Lapan kru kabin penerbangan Malindo termasuk dua wanita telah ditahan oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Polis Victoria setelah didapati terlibat dalam kes penyeludupan dadah.

Operasi ‘Sunrise’ yang melibatkan AFP, Pasukan Sempadan Australia dan juga Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia ini turut berjaya merampas seberat lebih 14 kilogram dadah jenis heroin, methamphetamine dan juga kokain yang dianggarkan bernilai RM62 juta.

Kredit: Utusan

Menurut pasukan penyiasat, sindiket dadah itu dipercayai menggunakan kru kabin yang bertugas dengan Malindo Air, sebuah anak syarikat Lion Air yang berpangkalan di Indonesia bagi tujuan penyeludupan dadah ke Malaysia.

“Rampasan ini adalah besar namun saya tidak mengatakan itu jumlah yang dibawa oleh sindiket tersebut ke negara ini. Hasil risikan mendapati kru kabin tersebut menjalankan kegiatan berkenaan sudah beberapa tahun, mungkin lebih lima tahun,” kata jurucakap Polis Victoria, Komander Tess Walsh.

Kredit: Sputnik News

Suspek berusia 38 tahun itu dipercayai merupakan sebahagian daripada kumpulan yang membawa dadah dalam pesawat dari Malaysia untuk dijual di Australia. Polis turut merampas sebanyak 6kg heroin, 8kg methamphetamine, 500 gram kokain, sejumlah wang tunai, kereta jenis Porsche Macan SUV serta sebuah Mini Cooper.

Sementara itu, syarikat penerbangan Malindo Air telah mengeluarkan kenyataan media yang mengesahkan bahawa seorang kru kabinnya telah ditahan pada 7 Januari lalu berikutan kes berkenaan dan telah digantung tugas dengan serta-merta.

Kredit: The Star

“Walau bagaimanapun, kami telah mengemukakan perkara itu dengan pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne setelah mengetahui penahanan tersebut.”

Sumber: Astro AWANIHarian MetroUtusan

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds