Jumlah kes wabak demam denggi dilaporkan meningkat dengan ketara pada tahun ini berbanding pada tahun lepas dengan negeri Pulau Pinang dan Selangor mencatat jumlah kes denggi tertinggi bagi 2 minggu pertama bulan Januari 2019.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dalam kenyataannya kepada FMT berkata, kes denggi di negeri itu telah meningkat hampir 200 peratus bagi 2 minggu pertama pada tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kredit : TreeHugger / Gambar Hiasan

Pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang berkata, 2 kematian dalam 506 kes telah dilaporkan, berbanding 177 kes tanpa sebarang kematian dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang turut mengenal pasti 5 kawasan panas bagi kes denggi iaitu di bahagian timur laut dan tengah Seberang Perai. Kawasan terbabit adalah seperti berikut :

Mutiara Idaman.

Jelutong.

Jalan Bagan Jermal, tidak jauh dari Persiaran Gurney.

Zon E Taman Machang Bubok , dan

Taman Desa Damai , dari Lorong Nangka 2 ke Lorong Nangka 12.

Zon E Taman Machang Bubok mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi, iaitu 26 kes, diikuti Taman Desa Damai dengan 24 kes, dan Mutiara Idaman dengan 14 kes.

Kredit : FMT 

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang juga mengeluarkan senarai 65 kawasan lain dengan peningkatan kes denggi. Empat daripadanya diklasifikasikan sebagai ‘wabak di luar kawalan’ iaitu Taman Pauh, Taman Permata Indah, Kuarters Kastam Perai dan Apartment Permata Zon C di Seberang Perai.

Sementara itu, di Klang, Selangor, Ahli Parlimennya, Charles Santiago mendedahkan sehingga 16 Januari terdapat 960 kes deman denggi telah dilaporkan di Klang sejak 1 Januari 2019, peningkatan kes sebanyak 4.7 kali ganda berbanding jumlah kes denggi yang direkodkan pada tahun lalu iaitu 203 kes.

Kredit : The Sun/YouTube

Menurutnya kepada Bernama, “Pada awal tahun ini sahaja, Klang direkodkan sebagai daerah kedua tertinggi dengan kes denggi di Selangor dengan satu kes kematian.”

Pada bulan Disember 2018, seorang wanita dan seorang remaja dari Flat Sri Bahtera di Pulau Indah, Klang telah dilaporkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.

Kredit : GoodKnight / Gambar Hiasan

Justeru, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom demam denggi seperti demam, sakit otot atau sendi, muntah-muntah, ruam di bahagian badan serta kurang selera makan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya membersihkan kawasan persekitaran rumah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan meletakkan ubat penghapus jentik-jentik yang boleh diperolehi dari klinik kerajaan. Mereka juga tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti luar sekiranya tidak perlu. Sila memakai baju yang longgar serta menutup seluruh badan serta memakai ubat penghalau nyamuk sekiranya masih mahu berbuat demikian.

Sumber : FMT , World of Buzz , SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds