Kini, penunggang motosikal di Malaysia boleh membeli insurans motosikal secara dalam talian melalui Loanstreet bermula 1 Januari yang lalu.

Perkhidmatan agensi insurans dalam talian yang dilancarkan oleh Loanstreet ini bertujuan untuk menangani masalah kurangnya perlindungan insurans terhadap penunggang motosikal di Malaysia. Ini kerana kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang membabitkan motosikal adalah sangat tinggi berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh IATSS Research.

“Kami mahu memastikan bahawa jumlah motosikal yang tidak mempunyai insurans atas jalan raya berkurangan dengan memberi perkhidmatan insurans atas talian yang pantas dan mudah,” kata Jared Lim selaku Pengarah Urusan Loanstreet.

Selain menawarkan perkhidmatan pembelian insurans motosikal, agensi ini juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan serta perkhidmatan insurans kereta dan insurans perjalanan.

Kredit: Loanstreet

“Cukai jalan kadang-kala mudah dilupa dan diabai namun amat diperlukan, oleh itu, kami menambah perkhidmatan cukai jalan atas talian sebagai pelengkap kepada insurans motosikal,” tambah Jared Lim.

Menariknya, perkhidmatan ini boleh dilakukan menggunakan telefon pintar dan hanya akan mengambil masa 5 minit sahaja.

Berikut adalah tiga langkah mudah untuk menggunakan perkhidmatan ini:

  1. Memasukkan nombor pendaftaran kenderaan disertai dengan butiran peribadi.
  2. Menyatakan ‘Setuju’ dengan harga dan membuat pembayaran.
  3. Menerima nota perlindungan atau cover note melalui e-mel yang didaftarkan.

Kredit: Loanstreet

Platform ini dilancarkan hasil kerjasama antara Loanstreet dengan Zurich General Insurance Malaysia Berhad untuk memudahkan urusan dan membantu rakyat Malaysia agar terus dilindungi di atas dan diluar jalan raya.

“Di Zurich, kami mengalukan langkah inovatif untuk membantu rakyat Malaysia agar sentiasa dilindungi semasa di atas jalan raya ataupun tidak. Kami percaya Portal Insurans Loanstreet akan memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan,” jelas Junior Chom selaku Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurus Pemasaran Insuran Am dan Takaful Zurich Malaysia.

Dengan bantuan Finology Sdn Bhd, penyedia teknologi di sebalik perkhidmatan itu, pada masa akan datang Loanstreet bercadang untuk memberikan khidmat perbandingan pelan insurans dan kadar untuk membantu pelanggan membuat penilaian terbaik dan mampu memenuhi keperluan mereka.

Sumber: Loanstreet , Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds