SINGAPURA – Seorang lelaki terkejut apabila melihat seorang wanita berada dalam keadaan berbaring di lantai di tingkat bawah sebuah pangsapuri di mana dia menyangka bahawa wanita berkenaan bertindak terjun daripada rumahnya.

Gambar situasi tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Boy Zam pada Sabtu, 12 Januari lalu, di mana ia menunjukkan bahawa seorang wanita memakai sari bewarna merah kelihatan sedang berbaring di atas surat khabar yang dibentangnya.

Kredit: Boy Zam|Facebook

Menerusi gambar itu, Boy Zam  menulis, “Ingatkan makcik ini telah terjun daripada bangunan sehinggalah saya melihat sebenarnya dia sedang menjemur sesuatu.”

Sebenarnya, wanita tersebut sedang menjemur rempah-rempah di bawah cahaya matahari dan dia dipercayai tertidur ketika itu. Menurut Boy Zam, mungkin wanita itu berbaring di sebelah rempah-ratusnya kerana tidak mahu burung atau kucing liar memakannya.

Kredit: Boy Zam|Facebook

Ataupun risau orang lain akan membuang jemuran berkenaan kerana disangkakan sampah. Untuk pengetahuan anda, tradisi masyarakat India untuk menjemur beberapa jenis rempah di bawah matahari.

Insiden tersebut menyebabkan ada segelintir pengguna Facebook yang berasa geli hati

Kredit: Boy Zam|Facebook

Dan ada juga yang bergurau dan berkata bahawa wanita tersebut mungkin sedang melakukan cabaran ‘Falling Stars Challenge’

Kredit: Boy Zam|Facebook

Kredit: Boy Zam|Facebook

Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang berasa ia agak menyinggung perasaan

Kredit: Boy Zam|Facebook

Kredit: Boy Zam|Facebook

Sumber: SAYSBoy Zam|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds