Anda pastinya tahu bahawa burung kakak tua mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tidak seperti burung lain spesies ini sangat bijak dalam bertutur. Apa yang lebih melucukan jika mereka pandai meniru kata-kata yang sering didengari mereka. Boleh jadi mereka mendengarnya daripada tuan mereka sendiri. Seperti burung nuri dalam video ini dia nampaknya bukan sahaja bijak tetapi apa yang lebih mengagumkan dia boleh meniru pelbagai bunyi yang sering didengari di bengkel kereta milik tuannya.

Agak-agaknya bunyi apakah yang boleh ditirunya?

Percaya atau tidak burung nuri berwarna kelabu ini boleh meniru bunyi hon kereta, bunyi enjin kereta, bunyi tayar, bunyi penggera anti-kecurian serta beberapa bunyi lain yang sering didengari di bengkel kereta tersebut.

Mungkin kerana sering mendengar semua bunyi itu setiap hari membuatkan dia boleh menghasilkan bunyi yang mirip dengan bunyi yang didengarinya.

Menarik bukan? Kita yang manusia pun belum tentu boleh membuat semua bunyi seperti itu tetapi nampaknya si cerdik ini lebih berbakat daripada kita!

Kredit: Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN KESENIAN VIDEO

Video Popular